Realtime website trackingweb stats

Pernah tak terfikir,sebenarnya mesin basuh 10kg berapa kuantiti baju boleh masuk? Ini jawapannya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Walau menggunakan mesin basuh setiap hari untuk mencuci pakaian, sering kali kita tertanya-tanya berapa banyak baju yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mesin.

Misalnya, jika mesin basuh menunjukkan kapasiti 10kg, adakah itu bermaksud berat baju 10kg atau termasuk air?

Pertanyaan ini dijawab oleh @abangletriq, seorang pengguna TikTok yang kerap berkongsi tips mengenai peralatan elektrik.

Menurutnya, berat yang tertera pada mesin basuh merujuk kepada kapasiti berat baju, tetapi ia juga bergantung kepada jenis mesin basuh.

“Mesin basuh top load mengira berat bersama air, manakala mesin basuh front load mengira berat baju kering sahaja.

Pernah tak terfikir,sebenarnya mesin basuh 10kg berapa kuantiti baju boleh masuk? Ini jawapannya

“Mesin basuh front load membenarkan lebih banyak baju kerana putaran drumnya yang penuh. Sementara itu, mesin top load menggunakan putaran pulsator di tengah drum untuk menggerakkan air dan pakaian,” jelasnya.

Had pengisian baju dalam mesin basuh juga penting.

Untuk mesin basuh front load, kita boleh memasukkan pakaian hingga penuh kerana ia menggunakan putaran drum untuk mencuci secara efisyen.

Bagi mesin basuh top load, disarankan untuk hanya mengisi 3/4 daripada drum dengan pakaian kerana putaran air perlu lebih daripada kuantiti baju.

“Jika penuh, putaran pulsator mungkin tidak dapat mencuci pakaian dengan bersih. Banyak yang memasukkan pakaian penuh mesin, tetapi ini boleh menyebabkan pakaian tidak bersih dan mempercepatkan kerosakan mesin,” tambahnya.

Ini adalah beberapa tip berguna untuk memastikan pakaian dicuci dengan bersih dan mesin basuh dapat berfungsi dengan lebih lama.

BACA: Patut la tak boleh bela, beli & jual ikan ‘alien’, rupanya ini sebabnya