Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya masjid persis taj mahal hasil wakaf jutawan bank

Oleh ADINDA

Dibina dengan ciri rekaan yang menakjubkan, maka tidak hairanlah jika Masjid Sri Sendayan ini digelar sebagai ‘Taj Mahal Malaysia’.

Terlihat cukup mewah, pembinaan masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini menelan belanja hampir RM100 juta.

Mengagumkan, cat untuk siling dalaman masjid ini dilakukan secara manual hasil tangan tenaga kerja dari Maghribi.

Hiasan tulisan khat yang menghiasi masjid pula ditulis khusus oleh tokoh khat agung dari Turki, Sheikh Hassan Celebi.

Sangat istimewa, kubah dalaman pula disadur dengan warna emas menggunakan ‘gold paper‘ 24 karat yang diimport khas dari India.

Baru tahu rupanya masjid persis taj mahal hasil wakaf jutawan bank

Mampu menampung 5,000 jemaah dalam satu masa, masjid ini diwakafkan oleh pengasas Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Namun tahukah anda, ‘Taj Mahal Malaysia’ ini merupakan masjid ketiga yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan itu.

Berikut adalah nama masjid lain yang dibina oleh dermawan berkenaan;

1. Masjid Aishah Sg. Menghulu, Langkawi

Dibina di Langkawi, Kedah, masjid ini dibina dan dinamakan sempena ibu Rashid Hussain sendiri.

2. Masjid Hussain, Seremban 2

Digelar ‘Masjid Putih’, masjid ini dibina dengan kos mencecah RM22.6 juta. Nama masjid ini diberi sempena nama bapa beliau, Hussain.

Baca juga: Ramai tak tahu akan kewujudan ‘kabel’ ini, lepas ini ramai dapat kerja bila tahu