Tahukah anda nombor ada salah satu benda penting dalam kalangan orang Cina, di mana angka itu boleh meramal nasib malang atau tidak.
Umum juga tahu bahawa orang Cina tidak menyukai nombor empat kerana sebutan dalam bahasa Cina berbunyi sebagai “Si” atau “Se”.
Bunyi angka tersebut sama dengan perkataan “Si” yang membawa maksud mati.
Bukan setakat nombor empat, tapi juga nombor tujuh yang berbunyi “Ci” dalam bahasa cina sama ucapan dengan perkataan ‘pergi’ atau ‘keluar’.
Jadi mengapa pula nombor lapan menjadi kegemaran masyarakat ini?
Menurut artikel Kangdidik, angka lapan dianggap sebagai angka paling beruntung di Cina kerana bentuknya seperti simbol inifinity ∞ (tak terjangka).
Angka lapan selalu dikenal sebagai angka bertuah bagi orang Tionghoa, sedangkan angka empat adalah yang paling sial.
Seberapa seriuskah orang-orang China menganggap ini? Mari kita lihat beberapa faktanya:
Kenapa Orang Cina Suka Nombor 8?
Lapan adalah angka yang paling disukai di Cina moden kerana hubungannya dengan kekayaan dan nasib baik.
Angka lapan telah lama dianggap sebagai angka paling bernasib baik dalam budaya Tionghoa, dengan 8 dalam bahasa Tionghoa, (bā).
Karakter tersebut terdengar mirip dengan kata (Fā), yang artinya menghasilkan rezeki. Di dalamnya terkandung makna kemakmuran, kejayaan dan juga status sosial yang tinggi.
Jadi tak terkejutlah jika orang yang mempunyai perniagaan menyukai angka tersebut.
Malah Upacara Pembukaan Olimpik Beijing 2008 berlangsung tepat pada tanggal 8/8/2008 pukul 8:08.08.
Nombor telefon dengan semua digit angka lapan dijual seharga sekitar 4.6 triliun rupiah (RM1.3 bilion) kepada Sichuan Airlines di Chengdu, China.
Numerologi Cina: 8 berarti kekayaan, kejayaan.
Hari kelapan Tahun Baru Cina adalah hari pertemuan tahunan semua dewa di Syurga.
Ulang Tahun Buddha dirayakan pada hari kelapan bulan keempat dalam kalendar Cina.
Baca juga: Baru tahu, ini cara pantas halau lipas keluar dari kereta, pasti menjadi!