Realtime website trackingweb stats

Nak declare LHDN tapi resit tak boleh baca, ini cara terangkan semula resit

Oleh ABDULLAH HAMID

Kebanyakan orang-orang lama rajin menyimpan resit-resit pembelian bagi memudahkan mereka meneliti semula perbelanjaan bulanan mereka.

Tetapi kini di zaman serba ‘cashless’, kita boleh jejak rekod perbelanjaan hanya melalui aplikasi kad perbankan.

Bagaimanapun bagi mereka yang gemar menyimpan resit bagi tujuan pengdokumentasian, pasti tidak dapat mengelak daripada masalah utama

apabila tulisan pada kertas invois itu semakin kabur ataupun langsung tidak kelihatan menerusi mata kasar.

Menjawab hal itu, seorang pengguna TikTok berkongsi cara paling pantas untuk mengembalikan semula tulisan pada resit yang telah pudar dalam sekelip mata.

Nak declare LHDN tapi resit tak boleh baca, ini cara terangkan semula resit

Pengguna TikTok, Lehin Zul (@lehin_zul), turut membuat demostrasi cara untuk mengembalikan tulisan pada resit.

Pada awal video yang berdurasi sembilan saat, pemuda tersebut menunjukkan sehelai resit kecil yang sudah pun pudar kesemua butir-butir tulisannya.

Namun, pemuda itu kemudiannya menekap sebuah seterika pada permukaan resit tersebut dalam masa yang agak singkat.

Selepas kertas tersebut ditekap dengan seterika, keterangan pada kertas resit mula kelihatan. Rupa-rupanya kertas kecil tersebut merupakan resit Komuter dari Butterworth ke Kobah yang bernilai RM6.00.

@lehin_zul resit lama yg dah tak nampak boleh cuba cara ni. . semoga bermanfaat. #fyp ♬ suara asli – hamba Allah – user37310220621

Namun tidak dapat dipastikan sama ada tips ini berkesan untuk semua jenis kertas resit atau tidak

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna yang pernah mencuba trik berkenaan namun tidak berkesan. Lehin Zul menjelaskan mungkin ketika itu suhu seterika yang ditetapkan terlalu panas.

Apa pun selamat mencuba.

Baca juga: Akhirnya terjawab macam mana lipan boleh wujud dalam rumah kita