Hampir semua rakyat Malaysia menggunakan lebuhraya. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa had limit kelajuan
Di lebuhraya Malaysia hanya 110km/jam walaupun kebanyakan kereta boleh melampaui had itu?
Tweet seorang gadis yang mendapat hampir 15 ribu retweet di Twitter ini memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.
Semalam appointment dengan klien aku seorang senior engineer, expertise nya dalam traffic engineering. So aku pun tanya soalan.
Aku : Tuan, kenapa hiway Malaysia cuma max limit 110 km/h, kenapa mesti 110 km/h, bukan 180 km/h atau 360 km/h?
Klien : Sebenarnya hiway kita gunakan sekarang cuma mampu bagi full traction dalam max speed 120km/h..maknanya kalau speed over limit, tayar dah tak grip jalan, sebab tu bola accident yang lari over limit.
Semuanya serious injury or death terus. Sebab faktor material jalan dan kapasiti traction tayar kereta. Info ini yang ramai tak tahu.
Kita boleh design hiway untuk max speed 400km/h macam litar sepang tapi kos material tinggi, sanggup ke hang nak bayar kos tol mahal-mahal? Naik 20 sen pun riuh setahun..HAHA!
1 lagi, hari ini teknologi enjin lebih maju dari teknologi tayar, enjin sekarang orang boleh design bagi laju sampai 800km/h atau lebih lagi tapi tayar harini yang high spec pun max speed cuma boleh pergi bawah 400km/h iaitu tayar yang ferrari dan lambo pakai sekarang*
BACA: Langgar 4 pantang larang ini bakal buat telefon bimbit anda ‘hang’