Realtime website trackingweb stats

Ramai tak perasan sebenarnya ada ‘racun’ dalam nasi, jadi punca berat badan tak turun!

Oleh ABDULLAH HAMID

Mesti ramai yang terfikir cara pengambilan nasi setiap hari yang boleh membantu menstabilkan berat badan.

Ada yang sudah mengurangkan jumlah nasi yang diambil tetapi masih menghadapi masalah berat badan dan gangguan sistem pencernaan.

Ternyata, ada kemungkinan anda terlepas untuk mengurangkan kandungan arsenik dalam makanan tersebut.

Apa itu arsenik dalam makanan? Berikut adalah penjelasan mengenai arsenik dan cara untuk mengurangkan kandungannya dalam makanan, terutamanya beras.

Arsenik adalah unsur semula jadi yang terdapat dalam batu, tanah, air, udara, tumbuhan, dan haiwan.

Ramai tak perasan sebenarnya ada 'racun' dalam nasi, jadi punca berat badan tak turun!

Sebatian kimia ini sering digunakan sebagai racun perosak, baja, dan pengawet untuk jenis kayu tertentu oleh petani.

Secara umumnya, terdapat dua jenis arsenik yang biasa dijumpai:

Arsenik Organik: Sebatian ini kurang toksik dan terdapat dalam makanan seperti beras, ikan, dan kerang.

Arsenik Bukan Organik: Bersifat sangat toksik dan sering terdapat dalam tanah, sedimen, dan sumber air bawah tanah.

Dalam beras, terdapat lebih kurang 10 hingga 20 kali ganda arsenik berbanding bijirin lainnya. Ini disebabkan padi biasanya terendam dalam air sawah yang boleh mengandungi arsenik. Terdapat juga arsenik yang disebabkan oleh penggunaan racun serangga semasa penanaman padi.

Tapi jangan risau kerana arsenik ini boleh dihilangkan dan dibuang melalui air. Cara-caranya adalah:

1.Basuh beras sebelum masak.

2.Basuh beras beberapa kali sebelum masak.

3.Rendam beras semalaman sebelum masak merupakan teknik lagi mujarab untuk hilangkan arsenik.

4.Lebihkan air ketika masak nasi kemudian tukar air beras boleh kurangkan 50% kandungan arsenik.

5.Kalau nak guna semua cara di atas lagi bagus dan mujarab untuk hilangkan kandungan arsenik!

BACA: Cara ‘lari’ dari bayar cukai ramai tak tahu, bikin LHDN pun pening