Realtime website trackingweb stats

Tak perlu sebulan sekali cuci rumah dah, ini cara mujarab ‘lambatkan’ rumah berhabuk

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pastinya meletihkan apabila rumah yang baru dibersihkan dengan teliti kembali berhabuk tidak lama selepas itu.

Ini sering menjadi masalah yang mengganggu, dan kita sering bertanya dari mana datangnya partikel debu yang terus mencacatkan pemandangan di dalam rumah.

Melalui perkongsian di laman TikTok oleh Persegi Studio, terdapat petua yang didedahkan untuk mengurangkan kecepatan rumah berhabuk.

Mari kita lihat beberapa tips mudah yang boleh dilakukan untuk kesenangan anda:

Tanam pokok hidup di dalam rumah

Tak perlu sebulan sekali cuci rumah dah, ini cara mujarab 'lambatkan' rumah berhabuk
Satu petua penting adalah dengan menanam pokok seperti lidah buaya atau pokok labah-labah di dalam rumah.

Pokok-pokok ini amat baik untuk menyerap habuk, membantu mencegah rumah dari menjadi berhabuk dengan cepat selepas dibersihkan.

Pasang kabinet tertutup

Habuk cenderung terkumpul di tempat-tempat yang tertutup seperti dalam rak almari pakaian atau kabinet penyimpanan

Memasang kabinet yang tertutup dapat membantu menghalang habuk daripada masuk dengan mudah.

Gunakan pelembap udara (humidifier)

Pelembap udara membantu mencapai tahap kelembapan yang optimum di dalam bilik anda.

Apabila udara tidak terlalu kering, habuk lebih sukar untuk melekat.

Dengan mengamalkan tips-tips ini, anda boleh menjadikan rumah lebih bersih dan kurang berhabuk.

BACA: Pemuda dedah ‘kisah gelap’ pemilik rumah anak yatim di Malaysia, buat duit juta-juta