Realtime website trackingweb stats

Ramai tak tahu dengan kewujudan mesin tukar duit syiling, ini prosesnya, senang je!

Oleh NUR KASIH

Untuk menukar duit syiling tidaklah sesusah yang disangka. Anda boleh menukarnya di bank melalui Mesin Deposit Syiling (CoDM) dengan mudah.

Di Malaysia, terdapat beberapa bank yang menyediakan mesin tukar syiling seperti CIMB, Maybank, UOB, Affin Bank, Public Bank, dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, tidak semua bank mempunyai mesin ini, jadi pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum pergi.

Langkah-langkah untuk menukar duit syiling:

Semak Waktu Operasi Mesin

Ramai tak tahu dengan kewujudan mesin tukar duit syiling, ini prosesnya, senang je!
Pastikan mesin tukar syiling beroperasi pada masa anda ingin ke sana, biasanya dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang mengikut waktu operasi bank. Semak juga sama ada mesin dalam keadaan berfungsi atau sedang diselenggara.

Kira Jumlah Duit Syiling

Sebelum memasukkan ke mesin, kira jumlah duit syiling yang anda ingin tukar. Pastikan hanya duit syiling Malaysia sahaja yang diterima.

Bawa Duit Syiling ke Mesin

Bawa duit syiling ke mesin tukar syiling terdekat. Anda boleh campur semua jenis syiling tanpa perlu memisahkan mengikut nilai.

Masukkan Duit ke Mesin

Masukkan duit syiling ke dalam mesin dan ikuti arahan pada skrin untuk memasukkan nombor akaun bank anda. Kemudian, tekan butang A untuk mula.

Proses Pengiraan

Mesin akan mengira jumlah wang yang dimasukkan. Jika ada syiling yang tidak diterima, ia akan dikeluarkan semula untuk dimasukkan sekali lagi. Setelah selesai, tekan butang B.

Ambil Resit

Mesin akan mengeluarkan dua resit; satu untuk simpanan anda dan satu lagi untuk diserahkan kepada kaunter bank.

Serahkan Resit ke Kaunter Bank

Ambil nombor giliran dan serahkan resit duit syiling kepada pegawai di kaunter bank. Pastikan maklumat seperti nama, nombor akaun, dan nombor telefon diisi dengan betul untuk rujukan pihak bank.

Proses Penyimpanan Wang

Wang yang anda tukarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Jika proses dilakukan pada siang hari, wang akan masuk pada petang hari atau keesokan harinya jika dilakukan pada petang.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh dengan mudah menukar duit syiling di bank menggunakan Mesin Deposit Syiling (CoDM).

BACA: Guru kongsi 7 tip buat lepasan SPM sebelum hadiri temuduga biasiswa