Realtime website trackingweb stats

Peguam cadang LHDN kutip cukai dari ‘influencer’ ini sebabnya baut ramai yang lari

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang peguam mencadangkan agar golongan peniaga dalam talian serta pempengaruh media sosial dikenakan cukai pendapatan

Ini berdasarkan kebanyakan dari ‘influencer’ dan ‘founder’ produk menunjukkan kemewahan di media sosial, namun tidak semua yang membayar cukai.

Menurut Peguam Cukai, Ezmeer Zulkarnain, usaha untuk memantau dan menjejaki individu ini perlu dipergiatkan oleh pentadbir cukai

seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan mereka turut serta menyumbang pendapatan kepada negara

“Asas cukai perlu diperluas kepada perniagaan dalam talian dan media sosial. Jika dilihat ‘influencer’ dan ‘founder’ (pengasas) produk

Peguam cadang LHDN kutip cukai dari ‘influencer’ ini sebabnya baut ramai yang lari

ini secara meluas menunjukkan kemewahan, namun bukan semua daripadanya membayar cukai.

“Walaupun ada unit di LHDN yang memantau, namun usaha ini perlu dipergiatkan dan mereka sendiri patut ada kesedaran untuk membayar cukai kerana telah dapat pelbagai kemudahan dan inisiatif daripada kerajaan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Bercakap dalam program Pantau Kos Sara Hidup, Percuakain Kondusif; Antara Pembangunan Negara dan Kewangan Rakyat di Astro AWANI,, Ezmeer juga menjelaskan, golongan ini juga wajar berkongsi dan memulangkan semula hasil pendapatan mereka kepada negara.

Ezmer yang juga Prinsipal di Tetuan Ezmeer Zulkarnain turut berharap, pentadbir mempergiatkan lagi inisiatif pendidikan cukai.

Beliau turut menggambarkan tahap literasi percukaian yang masih di tahap sederhana dalam kalangan masyarakat, sekali gus mencetus kepada ketidakpatuhan cukai oleh mereka.

“Tahap literasi cukai masih sederhana dan akhirnya ini diterjemah kepada sebuah ketidakpatuhan.

“Mungkin pentadbir cukai boleh lakukan beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap pemahaman masyarakat kepada cukai dengan melakukan program dalam kumpulan yang lebih kecil supaya tahap penyampaiannya lebih efektif,” jelas beliau lagi.

Dalam masa sama, Ezmeer berharap pentadbir cukai seperti LHDN boleh mewujudkan satu aplikasi khusus untuk pembayar cukai memuat naik dokumen percukaian termasuk resit belian serta derma.

Ini, katanya, bagi memudahkan urusan dan proses untuk deklarasi cukai yang dilakukan sekali setahun bagi mengelak kehilangan dokumen berkenaan.

Baca juga:Elak gambar media sosial disalahguna, ikut je 7 cara berkesan ‘ajar’ scammer