Kebersihan di dalam kediaman tidak hanya penting di ruang tamu, dapur, dan bilik tidur, tetapi juga di bilik mandi.
Walaupun bilik mandi lebih kecil berbanding ruangan lain, kadang-kadang ia dipenuhi dengan banyak barang yang tidak diperlukan.
Antara barang atau peralatan tersebut mungkin sudah tidak lagi berguna dan hanya menambah kekacauan.
Selain itu, terdapat juga barang-barang yang memang diperlukan untuk mandi dan penjagaan badan serta muka
Yang boleh menyebabkan bilik mandi terlihat bersepah dan tidak terurus.
Walau saiznya lebih kecil, bilik mandi juga memerlukan penjagaan yang baik di dalam rumah.
Menurut Lisa Jacobs, seorang penyelenggara rumah profesional dan pengasas Imagine It Done seperti yang dipetik oleh Southern Living, “Penting untuk membuang barang-barang yang tidak lagi berguna.”
Mari kita bersama-sama semak barang-barang apa yang sebenarnya perlu dibuang atau dibawa keluar dari bilik mandi, untuk menjaga kebersihan dan tersusun kemas.
1. Ubat-ubatan tamat tempoh
Ubat-ubatan dan produk yang anda guna melalui mulut atau kulit semuanya mempunyai tarikh luput. Jacobs berkata, adalah penting untuk kesejahteraan anda dengan membuang barang yang telah tamat tempoh.
Anda boleh menyemak tarikh luput di bahagian belakang atau bawah botol dan kadang-kala pada penutup.
2. Sikat rambut lama
Menyimpan sikat rambut lama yang tidak digunakan hanya sekadar mengumpul habuk. Jadi lebih baik buangkan saja.
Selain itu pertimbangkan juga untuk membuang sebarang produk rambut yang anda cuba maun tidak suka.
3. Pencukur kotor, berkarat
Jika anda mempunyai pencukur yang diletakkan di atas rak mandi, tidak digunakan dan berkarat, sudah tiba masanya untuk membuangnya.
Ia bergantung pada kekerapan anda bercukur, tetapi pencukur perlu diganti setiap 1-2 minggu sekiranya anda bercukur setiap hari, setiap 2-3 minggu jika anda bercukur pada hari berikutnya, atau setiap 4-6 minggu jika anda bercukur dua kali seminggu.
4. Set mandian yang dikumpul dari hotel
Jika anda mempunyai sejumlah botol plastik yang sangat jarang digunakan, sudah tiba masanya untuk membuangnya.
Juga pertimbangkan untuk membuang atau menyumbang semua botol syampu dan perapi mini dari hotel anda menginap sebelum ini yang dikumpulkan tetapi tidak pernah menggunakannya.
Pencukur yang telah digunakan beberapa kali perlu dibuang.
5. Berus gigi dan ubat gigi lama
Menurut Jacobs, berus gigi perlu ditukar dan dibuang setiap tiga hingga empat bulan. Permudahkan diri anda dan cuba simpan beberapa berus gigi baharu di rumah.
6. Kain lap atau tuala terpakai
Semak semua kain di bilik mandi dan bawa keluar mana-mana yang lama, kotor, lusuh atau berbau pelik. Anda boleh buang, menggunakannya semula sebagai kain lap pinggan mangkuk atau menyumbangkan kepada pusat perlindungan haiwan yang mungkin memerlukannya.
7. Batu apung
Adakah anda tahu bahawa batu apung juga boleh luput? Jika batu apung anda kehilangan semua pasirnya dan tidak lagi mengelupas dengan betul, anda harus membuangnya.
8. Alat solek, pengilat kuku kering atau tamat tempoh
Alat solek mengeluarkan bau busuk dan tekstur berbeza apabila tamat tempoh. Walaupun kita suka menggunakan produk tersebut, tetapi jika digunakan secara berlebihan sehingga mengumpul kotoran dan tidak elok digunakan, maka sudah tiba masanya membeli yang lain.
9. Syampu tambahan
Buang botol syampu separuh guna yang diletakkan di atas rak pancuran mandian anda, tapi jarang sejali digunakan sejak enam bulan lalu. Lebih baik juga membuang kandungannya dan kitar semula botol kosong tersebut.
10. Loofah atau span terpakai
Loofah dan span boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang mudah, terutama dalam bilik mandi berwap. Menurut Jacobs, ia seharusnya ditukar setiap bulan.
BACA: Tanpa disedari rupanya bank buat duit ‘juta-juta’, ramai terlepas pandang benda ini