Realtime website trackingweb stats

Tak sabar nak dapat duit dari LHDN, kalau tak perasan 6 tanda ini, ‘confirm’ jatuh terduduk

Oleh ABDULLAH HAMID

Kebanyakan orang pasti gembira apabila menerima bayaran balik cukai yang telah dibayar lebih

Namun, anda perlu berhati-hati kerana kini penipuan berkaitan dengan cukai semakin berleluasa.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dan pihak berkenaan mengingatkan orang ramai tentang modus operandi sindiket penipuan yang sering berlaku:

Tunggakan Cukai: Sindiket akan menghubungi mangsa melalui mesej, panggilan telefon, surat atau e-mel, mendakwa adanya tunggakan cukai yang perlu dibayar segera.

Mangsa akan dipaksa untuk memindahkan wang ke akaun bank pihak ketiga yang digunakan sebagai keldai akaun.

Tak sabar nak dapat duit dari LHDN, kalau tak perasan 6 tanda ini, 'confirm' jatuh terduduk

2. Pelarian Cukai, Jenayah dan Pengubahan Wang Haram: Scammer akan mengancam bahawa akaun bank mangsa akan disekat di bawah undang-undang jika tidak membuat pembayaran segera.

Mangsa mungkin dipanggil untuk berurusan dengan pihak yang menyamar sebagai polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sebenarnya adalah scammer.

3. Lawatan Pungutan/ Audit/ Siasatan Cukai: Sindiket akan datang ke rumah mangsa, mengaku sebagai pegawai HASiL untuk memungut bayaran cukai tambahan. Mereka akan meminta mangsa untuk membuat pembayaran ke akaun bukan milik HASiL.

4. Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar: Mangsa menerima e-mel palsu yang mengatakan mereka mempunyai bayaran balik cukai yang akan dikreditkan semula ke akaun bank. Mangsa diminta untuk memberikan butiran akaun bank mereka, yang akan disalahgunakan oleh scammer.

5. Kaedah Spoofing: Scammer akan menggunakan teknik spoofing untuk menipu mangsa dengan menyamar sebagai talian telefon rasmi HASiL. Mangsa yang terperangkap mungkin akan memberikan maklumat peribadi mereka dalam keadaan panik.

Untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Jangan pernah memberikan butiran peribadi atau kata laluan perbankan dalam talian kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

2. Jangan klik pada pautan yang diragui dari e-mel yang tidak dikenali.

3. Pastikan semua bayaran cukai hanya dibuat ke akaun resmi HASiL dan elakkan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.

4. Jangan muat turun aplikasi yang diminta oleh panggilan telefon yang tidak dikenali.

5. Semak nombor telefon HASiL melalui portal rasmi mereka sebelum menghubungi semula.

6. Pastikan e-mel rasmi dari HASiL menggunakan domain @hasil.gov.my.

HASiL menegaskan bahawa mereka tidak pernah bekerjasama dengan agensi lain untuk tujuan pengesahan atau pemungutan cukai. Semua urusan cukai akan dilakukan secara teratur melalui surat atau e-mel rasmi.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan menghubungi talian Hasil Care Line (HCL) atau pegawai HASiL yang boleh disemak senarainya di portal rasmi www.hasil.gov.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan cukai.

BACA: Guna gambar unsur ‘soft porn’ promosi produk, imej berpurdah Neelofa dipersoal suaminya ustaz diam sahaja