Realtime website trackingweb stats

Patut la tak boleh bela, beli & jual ikan ‘alien’, rupanya ini sebabnya

Oleh NURAIMAN

Ancaman ikan ‘alien’ merujuk kepada spesies ikan yang tidak dibenarkan untuk diimport ke negara ini kerana ia boleh mengganggu pembiakan ikan tempatan.

Penemuan ini berlaku selepas beberapa individu mengambil tindakan untuk memelihara dan menjual spesies ikan yang tidak dibenarka

n diimport seperti Flower Horn, Aligator Gar, Pacu atau Arapaima yang bukan asal dari negara kita.

Berikutan itu, Jabatan Perikanan Daerah Port Dickson melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis akuarium

Di sekitar Port Dickson untuk memastikan pemiliknya tidak menyimpan spesies ikan yang tidak dibenarkan diimport.

Patut la tak boleh bela beli jual ikan alien rupanya ini sebabnya

Patut la tak boleh bela, beli & jual ikan ‘alien’, rupanya ini sebabnya

Doreen Wee Siew Leen, yang merupakan Ketua Bahagian Penyelamatan dan Perlindungan Ikan dari Jabatan Perikanan Negeri Sembilan,

mengatakan bahawa mereka bersama-sama dengan beberapa agensi lain telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas kedai-kedai yang menjual ikan hiasan di sekitar Port Dickson.

“Kita sudah membuat pemeriksaan terhadap tujuh premis akuarium dan hotel. Pengusaha premis diberi penerangan serta kesedaran berhubung spesies ikan larangan import disenaraikan mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import) 1990 Pindaan 2011, Akta Perikanan 1985,” katanya.

Dia mengatakan bahawa semua peniaga diberi amaran untuk tidak memiliki atau menjual ikan yang disenaraikan kepada orang ramai.

“Semua ikan yang tersenarai ini dikhuatiri boleh mengganggu ekosistem sungai ekoran sesetengah ikan ini bersifat agresif, cepat membiak malah ia pembawa penyakit dan pemakan ikan-ikan asli tempatan sekiranya terlepas ke perairan terutamanya sungai,” katanya.

Doreen menyatakan bahawa terlalu banyak ikan ‘alien’ dalam sungai akan menyebabkan ikan tempatan berkurang.

Dia juga menyebut bahawa tiada sesiapa dibenarkan mengimport, menjual, atau memelihara ikan asing tanpa izin bertulis dari Ketua Pengarah Jabatan Perikanan.

“Mana-mana individu yang melanggar peruntukan dalam peraturan 2(1) boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Baca: Rupanya ramai tak tahu sisa minyak masak boleh jana pendapatan tambahan!