Realtime website trackingweb stats

Tanpa disedari rupanya bank buat duit ‘juta-juta’, ramai terlepas pandang benda ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Merupakan institusi yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan wang, bank juga adalah perusahaan yang memerlukan keuntungan.

Untuk menjalankan operasi, banyak kos yang perlu ditanggung bank, lalu inilah strategi institusi kewangan itu untuk memperoleh untung.

Mungkin anda belum ketahui, hanya sebahagian kecil sahaja wang tunai yang didepositkan pelanggan disimpan di dalam bank.

Manakala, jumlah selebihnya bakal disediakan pihak bank bagi proses pengeluaran, pinjaman atau servis lain untuk kegunaan pelanggan lain.

Jangan bimbang, duit anda tidak hilang, cuma proses ini sebahagian daripada sistem yang diamalkan bank seluruh dunia iaitu Fractional Reserve System (FRS).

Tanpa disedari rupanya bank buat duit 'juta-juta', ramai terlepas pandang benda ini

Sebagai contoh, setelah Kay mendepositkan wang sebanyak RM5,000, hanya 10% (RM500) daripadanya disimpan ke akaun dalam bentuk tunai.

Walaupun jumlah yang direkodkan ialah RM5,000, namun bakinya iaitu RM4,500 bakal digunakan pihak bank untuk dipinjamkan pada pelanggan lain.

Jumlah yang didepositkan kepada peminjam juga akan melalui proses yang sama iaitu penyimpanan tunai RM450 (10%) lalu bakinya digunakan urusan lain.

Proses ini diulang sehingga persusahaan itu mampu mencapai keuntungan berbilion ringgit dari wang yang disimpan pelanggan.

Menerusi pinjaman, institusi kewangan itu juga mampu memperoleh keuntungan melalui faedah atau bunga.

Artikel asal yang diolah ini disiarkan oleh portal Iluminasi.com.

Baca juga:Raih 3.4kg hasil tanam padi dalam pasu dirumah, wanita kongsi caranya, Tengku Ampuan Pahang pun berminat nak tahu