Antara maklumat asas yang penting untuk diketahui apabila memiliki dan memandu kenderaan sendiri adalah cara untuk mengenal pasti
sama ada tayar masih boleh digunakan atau sudah botak. Sering kali apabila ditanya tentang cara untuk menentukan perkara ini, ramai yang mengatakan untuk melihat ‘bunga’ pada tayar.
Namun, adakah ini betul? Sebenarnya, untuk menentukan sama ada tayar kereta masih boleh digunakan atau tidak
adalah dengan melihat jalur tayar, bukan ‘bunga’. Maklumat ini dikongsikan oleh klick.my untuk membantu memeriksa tayar kereta.
Cara mengenal pasti tayar botak
Apabila kita sebut tentang tayar botak, kita sering kali membayangkan tayar yang licin tanpa bunga seperti kepala orang yang botak tanpa rambut.
Namun, itu salah. Sebenarnya, semua tayar yang sudah botak akan kelihatan masih penuh dengan bunga yang dalam, jadi kita perlu tahu cara mengenal pasti tayar yang sudah botak.
Apa yang dimaksudkan dengan tayar botak?
Indikator kebotakan tayar terletak pada jalur di tengah tayar, bukan pada bunga lintang. Di antara jalur-jalur di tengah tayar ini, terdapat penanda aras yang menunjukkan tahap kebotakan tayar.
Tayar botak = jalur tengah sama tinggi dengan penanda aras itu.
Mari lihat gambar-gambar di bawah yang menunjukkan tayar botak, tayar belum botak, dan tayar baru.
Tayar botak
Jalur di tengah tayar sama tinggi dengan penanda kebotakan. Walaupun masih penuh dengan bunga, tayar ini sebenarnya sudah botak. Jika tidak diperhatikan dengan teliti, mungkin kita akan menganggap tayar ini masih boleh digunakan untuk perjalanan jauh.
Tayar ini juga sudah botak
Jalur di tengah tayar sama tinggi dengan penanda kebotakan. Penanda ini kelihatan berbeza daripada tayar pertama.
Tayar belum botak
Tayar ini masih belum botak, mungkin hanya 30% usia tayar. Namun, sudah tiba masanya untuk menukar tayar.
Tayar hampir botak
Mungkin sudah 80-90% botak (lihat beberapa penanda). Perhatikan bahawa penanda di sebelah kiri tayar lebih menonjol berbanding dengan penanda di sebelah kanan. Ini menunjukkan masalah alignment atau balancing yang tidak betul.
Atau mungkin masalah camber yang tidak seimbang. Disarankan untuk menukar tayar segera dan memeriksa camber. Selain itu, tayar ini juga kelihatan banyak retak, menunjukkan tayar sudah agak tua.
Tayar baru
Jalur di tengah tayar telah ditenggelamkan oleh penanda kebotakan. Jika tidak diperhatikan dengan teliti, mungkin sukar untuk melihatnya. Inilah tayar yang masih baru dengan kebotakan 0%. Anda boleh membandingkannya dengan tayar-tayar lain dalam gambar sebelum ini.
BACA: Cara mujarab hilangkan kesan gam yang sukar tanggal di cermin kereta, guna mayonis pun boleh!