Realtime website trackingweb stats

Perniagaan terjejas akibat tekanan ekonomi? Ikut je 3 langkah ini, pasti tak harap bantuan kerajaan dah

Oleh ABDULLAH HAMID

Menjalankan perniagaan bukanlah perkara yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan,

termasuk risiko kerugian dan kesulitan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan.

Bagi mereka yang tidak kuat menghadapi cabaran dalam perniagaan, pastinya mereka akan merasa terhimpit walaupun mereka telah bersedia menghadapi situasi yang mencabar.

Tidak kurang juga yang berharap akan keajaiban berlaku apabila mereka gagal untuk bangkit semula.

Bagi mereka yang sedang menghadapi situasi sedemikian, tiga cara yang dikongsikan oleh Fatin Najwa boleh membantu anda untuk membangunkan semula perniagaan yang diidamkan.

Perniagaan terjejas akibat tekanan ekonomi? Ikut je 3 langkah ini, pasti tak harap bantuan kerajaan dah

Mencari cabang perniagaan baru

Tidak salah untuk anda mencuba pelbagai jenis perniagaan, sama ada berdasarkan produk atau perkhidmatan.

Yang penting, anda perlu memahami setiap kos yang perlu dikeluarkan dan menganggarkan keuntungan bersih yang dijangkakan untuk mengelakkan kerugian yang besar.

Bagi Fatin, selepas mencuba beberapa cabang perniagaan, beliau memilih produk yang sesuai dengan dirinya serta mampu memberi pulangan yang diinginkan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

Setelah memasuki bidang perniagaan, adalah penting untuk anda terus memperluaskan pengetahuan anda dalam pelbagai bidang.

Jika sebelum ini anda hanya fokus pada cara menjual produk, cubalah untuk mempelajari pengurusan kewangan dan aspek-aspek lain yang berkaitan.

Dengan melakukan ini, anda akan dapat meluaskan perniagaan anda dan juga membuat simpanan.

Memilih ‘circle’ yang tepat

Ramai yang abaikan benda ini, tetapi sebenarnya lingkungan anda memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan anda.

Untuk memastikan perniagaan anda kukuh dan berjaya, pastikan anda bergaul dengan orang-orang yang mempunyai hasrat yang sama untuk mencapai kejayaan.

Pastikan anda mempunyai mentor yang tepat yang boleh membimbing dan mendorong anda menuju kejayaan.

BACA: Bengang gaji tak dibayar KWSP pun tak dicarum, ini 6 langkah ajar majikan ‘confirm’ tak culas dah