Realtime website trackingweb stats

Cara mujarab hilangkan kesan gam yang sukar tanggal di cermin kereta, guna mayonis pun boleh!

Oleh NUR KASIH

Pelekat cukai jalan untuk kenderaan persendirian telah secara rasminya dimansuhkan bermula 10 Februari lalu.

Keputusan ini memberi kelegaan kepada pemilik kenderaan yang sering menghadapi masalah dengan kualiti pelekat tersebut.

Setiap kali pelekat tersebut perlu ditanggalkan, seringkali meninggalkan kesan gam pada cermin kereta.

Bagaimanapun, jangan risau kerana terdapat beberapa bahan atau peralatan

Yang boleh digunakan di rumah untuk menghilangkan gam ini, antaranya:

Cara mujarab hilangkan kesan gam yang sukar tanggal di cermin kereta, guna mayonis pun boleh!

1. Natrium karbonat (soda ash dense)

Natrium karbonat atau soda ash dense dapat digunakan untuk menghilangkan kesan gam daripada label atau stiker pada botol kaca mahupun plastik.

Caranya:

Campurkan setengah cawan air suam bersama sedikit soda ash dense dan sapukan pada permukaan cermin yang mengandungi kesan gam.

Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan menggunakan kain atau tisu.

2. Pengering rambut

Pengering rambut adalah salah satu pilihan terbaik kerana mampu memudahkan stiker lama tercabut.

Caranya:

Arahkan pengering rambut ke arah label yang ingin dicabut.

Halakannya selama sekitar 30 saat supaya udara panas dapat mengecutkan pelekat tersebut.

3. Alkohol

Anda boleh gunakan beberapa produk yang mempunyai bahan mengandungi alkohol seperti penghapus cat kuku.

Caranya:

Rendam kain atau paper towel ke dalam produk mengandungi bahan alkohol, lalu tekapkan pada keliling kesan pelekat.

Biarkan selama sekitar 30 minit, lalu gosok pelekatnya.

4. Baking soda dan minyak kelapa

Kombinasi baking soda dan minyak kelapa sangat efektif menyingkirkan stiker ‘degil’.

Minyak kelapa berfungsi membasahi dan mengendurkan kertas dan pelekat, manakala soda membantu menghilangkan kotoran.

Caranya:

Campurkan minyak kelapa dan baking soda secukupnya.

Gosokkan span yang direndam bersama campuran itu pada pelekat yang ingin ditanggal.

5. Mayonis

Lemak dan minyak yang terkandung dalam mayonis menjadikan bahan ini sangat berguna bagi menghapuskan pelekat.

Caranya:

Sapukan lapisan mayonis yang tebal pada permukaan pelekat dan biarkan selama 30 minit (atau lebih).

Bagi membersihkannya, gosok atau lap pelekat pada permukaan.

Selain itu, terdapat juga pelbagai bahan lain seperti cuka putih, sabun cuci pinggan dan lain-lain boleh digunakan. Selamat mencuba!

BACA: Kalau ‘member’ sebelah senyap berselimut tu jangan tegur, ini kod rahsia penumpang meninggal dalam pesawat