Realtime website trackingweb stats

Sayang baju kegemaran nampak lusuh, kolar kembang, ini cara mudah jaga baju nampak macam baru

Oleh HADI KAMARUDIN

Sekiranya anda memakai t-shirt berulang kali, bahagian leher akan cepat mengembang dan meregang.

Biasanya masalah ini berlaku pada pakaian yang diperbuat daripada kain kapas.

Keadaannya lebih menjengkelkan apabila t-shirt yang baru dipakai beberapa kali sudah mengalami kerosakan pada bahagian leher,

membuatnya kelihatan usang seperti t-shirt lama.

Jika terfikir untuk membuangnya, rasa sayang kerana bahagian lain pakaian masih elok dan boleh digunakan lagi.

Sayang baju kegemaran nampak lusuh, kolar kembang, ini cara mudah jaga baju nampak macam baru

Jangan terus buang t-shirt ke dalam tong sampah kerana masih ada peluang untuk ‘menyelamatkannya’. Walaupun mungkin tidak dapat dikembalikan ke bentuk asal sepenuhnya, namun boleh diusahakan untuk memperbaikinya.

Cara mudah untuk memperbaiki bahagian leher yang rosak adalah seperti yang dikongsikan oleh Nexcy, pakar perkhidmatan dobi yang terkenal, dalam rancangan Jepun, ZIP.

Bahan untuk memperbaiki leher t-shirt kembang:

1. Satu mangkuk kiub ais diisi ke dalam air sejuk

2. Seterika

3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt

Ikuti 5 langkah mudah bagi mendapatkan kesan yang efektif melalui cara ini:

1. Lipat leher t-shirt seperti bentuk ‘kipas’ dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kiub ais.

2. Perahkan airnya dan pastikan bahagian ini masih dalam bentuk lipatan kipas.

3. Letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Kemudian bahagian leher ditekan dan digosok dengan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

4. Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas. Pastikan t-shirt tidak kering sepenuhnya kerana ia perlu diseterika dalam keadaan lembab.

5. Kemudian letakkan t-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

6. Sekiranya dilakukan dengan betul, bahagian leher t-shirt yang kembang akan dapat diperbaiki atau tidak mustahil kembali ke bentuk asal.

Selain pemakaian yang kerap dan berulang-ulang, masalah kolar t-shirt kembang juga boleh terjadi disebabkan cara anda mengeringkannya.

Contohnya, apabila anda menggantung t-shirt yang basah atau lembab dengan penyangkut baju, bahagian bawah t-shirt yang basah akan membuatkan leher atau kolar meregang.

BACA: Sayang pokok berbuah lebat tapi buahnya tidak manis, ini rahsia ramai terlepas pandang