Realtime website trackingweb stats

Sayang pokok berbuah lebat tapi buahnya tidak manis, ini rahsia ramai terlepas pandang

Oleh FATIN AQILAH

Selain daripada sayur-sayuran, ramai di kalangan kita gemar menanam pokok buah-buahan di halaman rumah.

Biasanya, pokok buah rendang sering menjadi pilihan popular kerana sesuai ditanam dalam ruang halaman yang terhad seperti limau, jambu air, dan sebagainya.

Namun, hasil daripada pokok buah ini tidak selalu manis dan seragam saiznya.

Adakalanya, walaupun pokok menghasilkan buah secara lebat, buah yang diperoleh tidak mencapai kemanisan yang diharapkan.

Untuk itu, individu ini berkongsi tip untuk memastikan pokok buah menghasilkan buah yang besar dan manis seperti perkongsian daripada @noygreen86.

Sayang pokok berbuah lebat tapi buahnya tidak manis, ini rahsia ramai terlepas pandang

Menurutnya, kunci kejayaan adalah dengan melakukan penjarangan pada tunas buah.

Penjarangan buah merupakan aktiviti penting yang dilakukan semasa musim berbunga dan berbuah untuk memastikan kualiti buah yang terbaik. Proses ini melibatkan memilih buah yang terbaik dan membuang yang tidak diingini, serta menjaga buah-buah yang dipilih untuk memastikan mereka berkembang dengan baik.

“Saya biasanya meninggalkan tiga biji buah sahaja untuk satu kelompok putik buah. Jangan ragu untuk membuang buah-buah yang berlebihan supaya sumber nutrien tidak tersebar. Dengan begitu, buah akan membesar dengan baik dan menjadi lebih manis apabila memperoleh bekalan nutrien yang mencukupi,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, teknik penjarangan ini juga membantu memastikan buah-buahan membesar dengan saiz yang seragam dan rasanya menjadi lebih konsisten.

“Jika terlalu ramai buah dalam satu kelompok, saiz buah mungkin tidak seragam dan rasanya pun mungkin bervariasi dari manis hingga masam,” tambahnya lagi.

Teknik penjarangan ini sesuai dilakukan pada tunas buah untuk pelbagai jenis buah-buahan agar hasilnya lebih bermutu dan memuaskan.

BACA: Kalau dapat jawab pasti anda diterima bekerja, ini rahsia jawab soalan temuduga ramai tak tahu