Walaupun kecil dan halus, kehadiran semut di dalam rumah tidak hanya mengganggu tetapi juga boleh menyebabkan masalah serius yang lain.
Selain daripada mengganggu makanan dan menyelinap masuk ke celahan atau lubang, semut juga gemar berada di sekitar soket atau plug di dinding.
Perilaku ini boleh menyebabkan kerosakan kepada pendawaian elektrik atau peralatan elektrik.
Pasti anda pernah mengalami situasi ini di rumah anda sendiri, bukan?
Kadang-kadang, anda terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membaiki kerosakan tersebut.
Mengapa semut suka berkumpul di sekitar soket? Pakar kawalan serangga perosak, Khairun Naim Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Naim Pest Control di TikTok, menjelaskan dengan jelas situasi ini.
“Kenapa semut suka menggunakan soket, suis atau plug point di rumah kita sebagai laluan?
“Semut ada di rumah kita kerana dua sebab. Pertama, mereka mencari tempat perlindungan dan kedua, mereka mencari sumber makanan.
“Di dalam rumah kita, laluan yang selamat bagi semut adalah melalui plug point. Kerana semut boleh masuk melalui satu plug point dan keluar ke seluruh rumah kita.
“Plug point ini adalah tempat yang ideal bagi semut untuk mencari perlindungan dan sumber makanan,” jelasnya.
Bagi itu, beliau juga berkongsi kaedah yang selamat untuk menghapuskan semut tanpa merosakkan soket atau sistem pendawaian.
“Pertama-tama, pastikan anda tidak menggunakan racun yang berasaskan air. Jika anda menyemprotkan racun yang berasaskan air ke dalam sistem pendawaian atau soket di rumah, ia boleh menyebabkan kerosakan. Ini boleh mengakibatkan perlu menukar keseluruhan pendawaian di rumah.
“Sebaliknya, disarankan untuk menggunakan racun jenis gel. Anda hanya perlu menitiskan gel di beberapa tempat, semut akan tertarik kepada gel tersebut, makan dan membawanya ke sarang mereka.
“Dengan kaedah ini, anda boleh menghapuskan keseluruhan koloni semut yang ada di dalam plug point,” katanya.
BACA: Netizen kecewa lembu kurus kering disembelih untuk korban “Nampak macam tak sihat”