Realtime website trackingweb stats

Rupanya bukan senang nak tanam cili, tapi kalau ikut step betul

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Cili ini antara sayur buah yang paling senang ditanam dan dijaga tapi pada masa sama cepat juga mati kalau tak diberi perhatian.

Tapi kalau dah tanam memang ambil sahaja dekat belakang rumah, tambah yang suka makan pedas memang segenggam diambilnya.

Ikuti perkongsian cara untuk tanam cili oleh pengguna Facebook, Harmagidun.

Cara tanam cili

Langkah 1:

Rupanya bukan senang nak tanam cili, tapi kalau ikut step betul

Sebelum tanam, rendam biji benih selama 8 jam atau semalaman.

Tujuan rendaman adalah untuk melunakkan kulit luar biji cili supaya mudah bertunas dan akar baru dapat muncul dengan cepat.

Sebaiknya gunakan air yang tidak mengandungi klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tidak ada, gunakan air paip sahaja.
Langkah 2:

Keringkan biji benih yang telah direndam menggunakan penapis, kertas atau tisu.

Tujuan pengeringan adalah agar biji mudah untuk ditanam dan dikendalikan.
Langkah 3:

Sediakan tapak semaian seperti dulang atau bekas kecil untuk menanam

. Gunakan peatmos atau sabut kelapa yang hancur untuk menanam biji benih.

Anda juga boleh menggunakan tanah organik atau topsoil.

Langkah 4:

Buat lubang menggunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam atau cetek.

Letakkan satu biji benih dalam setiap lubang di dalam dulang.

Langkah 5:

Selepas menanam, siram dengan air menggunakan semburan halus atau cara yang lembut.

Jangan terlalu banyak air sehingga medium semaian keluar dari dulang atau bekas.
Langkah 6:

Pindahkan dulang atau bekas semaian ke tempat yang redup. Tutup dengan plastik hitam selama 3 hingga 5 hari.

Pada hari ke-3 hingga ke-5, biji benih akan bertunas. Anda boleh membuka plastik hitam tersebut.

Langkah 7:

Biji yang telah bertunas akan memiliki dua helai daun. Pindahkan biji ke kawasan yang menerima cahaya matahari, tetapi hindari langsung di bawah cahaya matahari.

Siram pada waktu pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau gunakan net hitam.

Langkah 8:

Setelah biji berumur 1 minggu, beri baja subur dengan sedikit kuantiti (beberapa biji) pada setiap pokok dalam dulang. Boleh juga menggunakan baja organik.

Setelah berumur 2 minggu atau memiliki 3 hingga 6 helai daun, boleh pindahkan ke dalam pasu, polybag atau langsung ke dalam tanah.
Langkah 9:

Beri baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali.

Untuk pokok yang bebas daripada penyakit dan serangga, semburkan racun organik seminggu sekali.

Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk memperkembangkan buah.

Jika menggunakan baja biji NPK, berhenti memberi baja apabila pokok berbuah untuk mengelakkan buah gugur.
Selamat mencuba!

Baca juga:Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai