Rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hampir setiap isi rumah di Malaysia pada masa ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Kereta telah menjadi satu keperluan penting kerana tanpanya, jadual dan aktiviti harian seseorang mungkin terjejas.
Walaupun demikian, adakah kita benar-benar memahami sepenuhnya tentang apa yang kereta kita tawarkan?
Seperti yang kita ketahui, setiap kereta yang dibina dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi tambahan yang memberikan kelebihan kepada pengguna.
Walaupun pasaran kereta semakin meluas dengan pelbagai pilihan dari kereta tempatan hingga elektrik, terkadang ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta kita mungkin belum kita ketahui sepenuhnya.
Contohnya, terdapat satu fungsi istimewa yang ada pada Proton Saga yang ramai pemilik tidak tahu kewujudannya.
Fungsi tersembunyi Proton Saga yang ramai tidak tahu
Fungsi yang dimaksudkan adalah penarik yang terletak di bawah cushion tempat duduk belakang Proton Saga, seperti yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Faizi Zi (@faizizi70).
Dalam video yang dikongsi, Faizi Zi menunjukkan langkah-langkah untuk mencabut cushion tempat duduk belakang untuk memudahkan urusan mencuci kereta.
Pertama, cari penarik yang terletak di bahagian bawah cushion tempat duduk belakang. Penarik ini terletak di kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan tempat duduk. Kemudian, tarik penarik tersebut yang menyambungkan cushion dengan tempat duduk kereta.
Selepas itu, tarik cushion kereta dengan berhati-hati dan anda boleh mencucinya dengan mudah di rumah.
Dengan cara ini, kerja mencuci dan mengeringkan cushion kereta akan lebih mudah dan cepat dilakukan. Anda tidak perlu membuka pintu kereta lama-lama hanya untuk menunggu seat kering selepas dicuci, bukan?
Cara untuk memasang semula cushion juga mudah. Tolak balik cushion secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk mengembalikannya ke kedudukan asalnya.
BACA: Kalau jari terkena selumbar atau duri jangan biar sampai bengkak, ini sebab ramai tak tahu