Kentang yang sudah bertunas adalah berbahaya untuk dimakan. Dr. Mazliana Mazlan menyatakan bahawa
kentang yang rosak mengandungi kandungan glycoalkaloid yang tinggi.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan penyakit terutama pada ibu mengandung dan anak kecil jika dimakan secara berlebihan.
Simptom yang ditunjukkan oleh individu yang memakan kentang beracun termasuk muntah, cirit-birit, dan sakit perut.
Jika kandungan glycoalkaloid diambil dalam jumlah yang terlalu banyak, risiko lain termasuk penurunan tekanan darah,
peningkatan denyutan nadi, demam, sakit kepala, dan dalam kes yang terburuk, kematian.
Bagi mengelakkan pembaziran, kentang yang bertunas atau rosak boleh digunakan untuk tujuan lain yang memberi manfaat.
Sebagai contoh, Jason Jezi di TikTok berkongsi cara menggunakan kentang bertunas untuk mengelakkan titisan hujan melekat di cermin kereta.
Caranya mudah, hanya perlu memotong kentang kepada dua bahagian dan menggosok bahagian isi kentang pada cermin luar yang terdedah kepada hujan.
Seperti yang ditunjukkan dalam video, kaedah ini berkesan menghilangkan titisan air dan menjadikan cermin kereta bersih.
Terutamanya menjelang musim tengkujuh, kaedah ini adalah pilihan yang ekonomi untuk menjaga kebersihan cermin kereta tanpa perlu membayar untuk servis yang mahal.
Selain itu, penggunaan kentang ini juga membantu memastikan visibiliti yang baik semasa memandu, mengurangkan risiko kemalangan akibat penglihatan terjejas oleh titisan air hujan pada cermin.
BACA: 10 laman web ramai rakyat Malaysia buka pada bulan Mei, no.6 ramai perempuan buka sebelum tidur