Realtime website trackingweb stats

Pening anak ‘tantrum’ nak minum manis, ini cara mujarab latih minum air kosong pasti berkesan!

Oleh AHMAD ISMAIL

Kanak-kanak yang sedang membesar pasti suka bermain dan berlari kerana mereka sedang meneroka perkara baru

Ini menyebabkan mereka mudah berpeluh kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, penting untuk mereka mendapatkan cukup air dalam badan untuk membantu sistem perkumuhan mengeluarkan bahan buangan dari badan dengan berkesan.

Menurut portal Hello Doktor, berikut adalah jumlah air yang perlu diminum oleh bayi dan kanak-kanak:

– Dua tahun hingga empat tahun, lelaki atau perempuan = 2 hingga 4 cawan

Pening anak 'tantrum' nak minum manis, ini cara mujarab latih minum air kosong pasti berkesan!

– Empat tahun hingga lapan tahun, lelaki atau perempuan = 5 cawan

– Sembilan tahun hingga 13 tahun

* Lelaki = 8 cawan

* Perempuan = 7 cawan

Kekurangan air menyebabkan buah pinggang terpaksa berfungsi lebih keras untuk menyaring bahan toksik, yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Namun, kebanyakan kanak-kanak tidak gemar minum air kosong dan lebih suka minuman manis yang berperisa, yang kurang baik untuk kesihatan mereka.

Jika anak anda menghadapi masalah ini, anda boleh mencuba tip yang dikongsi oleh seorang ibu dan blogger, Khalisah Hazrina.

1. Sediakan botol air yang cantik dan menarik

2. Minum air guna straw kerana lebih memudahkan dan tidak tertumpah

3. Tunjukkan contoh, ibu bapa juga perlu konsisten minum air kosong

4. Didik seawal enam bulan kerana pada usia ini, anak sudah mula mengambil makanan solid

5. Sediakan buah yang kaya dengan kandungan serat.

Selain itu, terdapat juga tip tambahan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa seperti menyediakan air kosong untuk dibawa ke sekolah dan memastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah diambil di rumah.

BACA: 5 cara boleh DIY untuk bagi visor licin tanpa dihalangi air bila ride