Realtime website trackingweb stats

Ini cara baca jalur dan tangkai tembikai, mesti dapat yang manis je kalau pandai

Oleh ADINDA

Tembikai adalah buah yang enak dimakan terutama pada cuaca panas kerana ia membantu menghidratkan badan dengan baik.

Walau bagaimanapun, memilih tembikai yang manis dan baik di pasaran sering kali seperti bermain judi.

Ada risiko besar untuk membeli tembikai yang tidak manis jika anda tidak pandai memilih.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh mencuba tip yang dikongsi oleh Aishah Wahab supaya tidak salah memilih tembikai.

1. Pilih jalur tembikai yang bercoret cantik

Ini cara baca jalur dan tangkai tembikai, mesti dapat yang manis je kalau pandai

Jalur-jalur pada kulit tembikai menentukan kemanisannya.

Pastikan anda memilih jalur yang tersusun rapi, tidak berbelit-belit, dan menarik untuk dilihat.

2. Pilih tapak yang kecil

Kemanisan tembikai boleh ditentukan oleh saiz tapaknya.

Jika tapaknya kecil, itu menandakan tembikai tersebut manis.

Jika tapaknya besar, kemungkinan tembikai itu kurang manis.

3. Pilih bentuk yang bulat

Tembikai yang berbentuk bulat biasanya mempunyai isi yang lebih manis berbanding yang berbentuk lonjong.

Jika tembikai berbentuk lonjong, mungkin isinya lebih juicy.

4. Pilih tembikai dengan tangkai yang kerinting

Perhatikan tangkai tembikai untuk menentukan kemanisannya.

Lebih baik pilih tembikai yang tangkainya kerinting daripada yang lurus.

BACA: Ini cara sebenar pilih saiz kasut kalau tak nak kaki melecet