Realtime website trackingweb stats

Stesen minyak pertama Petronas mula beroperasi di Brazil ini sebabnya

Oleh FATIN AQILAH

PETRONAS melebarkan sayap perniagaannya di negara Amerika Latin apabila membuka cawangan stesen minyak pertamanya di Brazil, minggu lalu.

Stesen minyak pertama Petronas itu terletak di Kilometer 44 Lebuhraya Castelo Branco, di São Paulo, dipanggil Ecoparada Madero.

Pembukaan stesen minyak itu dengan kerjasama Argenta Group, pengedar bahan api di Brazil dan Rede de Postos Monte Carlo, stesen servis dan operasi kelas pertama.

“Hasil tinjauan sebelum ini menunjukkan keinginan pengguna (penduduk Brazil) untuk kehadiran jenama antarabangsa yang kukuh

seperti PETRONAS,” kata Diogo Gouvêa, Pengurus Jualan Kanan Emprasas SIM, lapor The Vocket.

Stesen minyak pertama Petronas mula beroperasi di Brazil ini sebabnya

Memetik laporan Valor Globo, akan ada tiga hingga lima stesen Petronas antara bandar Campinas dan São Paulo.

Dalam satu kenyataan, kumpulan Rio Grande do Sul SIM melaporkan bahawa Petronas menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami tabiat penggunaan, memerhatikan faktor keputusan pembelian dan keterbukaan kepada jenama baru muncul dalam pengedaran bahan api di negara itu.

Menurut presiden kumpulan itu, Neco Argenta, kerjasama dengan Petronas mencerminkan persamaan nilai antara kedua-dua syarikat.

“Inisiatif kerjasama ini adalah peluang unik untuk kami menjadi sebahagian daripada pasaran São Paulo,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembukaan stesen minyak dari Malaysia itu memberikan peluang pekerjaan sebanyak 80 hingga 100 posisi untuk memperkukuhkan lagi keberadaan jenama Petronas di Brazil.

BACA: Taktik berlindung disebalik pintu pejabat terbongkar, rahsia ‘pintu pejabat’ terbongkar!