Realtime website trackingweb stats

Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang

Oleh ARIF ABDULLAH

Mungkin sesetengah orang mengalami masalah tekanan air. Pernah atau tidak yang air di rumah memang kuat,

Tetapi tiba–tiba sahaja tekanan air menjadi perlahan. Kalau tekanan air dah perlahan, maksudnya air paip pun menjadi slow sangat.

Persoalannya, kenapa jadi macam ini? Jadi, seorang pengguna TikTok @zammenyelenggara telah berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah air ini. Tak payah dah nak upah orang!

Untuk pengetahuan, air dalam paip akan bergerak apabila paip dipenuhi dengan air.

Akan tetapi kadang-kadang udara akan memasuki paip dan udara akan terperangkan di dalam paip.

Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang

Ianya biasa terjadi disebabkan air dalam tangki habis ataupun kering kontang ketika catuan air. Apabila air dalam tangki penuh semula, udara akan terperangkap di laluan paip.

Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang

Seterusnya, kemana perginya udara dalam paip? Udara akan pergi mencari tempat yang lebih tinggi. Biasanya bucu–bucu paip yang tinggi. Jadi, apakah solusinya? Anda boleh buat sendiri di rumah dan tidak perlu untuk mengupah orang!

@zammenyelenggaramudah jer.. napa bayar lebih😁

♬ bunyi asal – Zam – Zam | menyelenggara

1. Buka kepala paip, dan biarkan air itu mengalir sehingga laju. Ini adalah untuk mengeluarkan angin ke dalam paip tersebut.

2. Kemudian, apabila air dah laju, bolehlah pasang balik kepala paip yang dibuka tadi.

Dah siap! Senang kan? Lepasni bolehlah buat sendiri kat rumah. Air pun berjalan dengan lebih laju.

BACA: 9 cara pilih sofa baru, sesuai dengan seisi rumah ramai salah pilih nampak sempit rumah