Kebersihan peralatan dapur adalah sangat penting dalam proses penyediaan makanan, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Jika tidak dibersihkan secara berkala, permukaan dapur gas akan kelihatan kotor dengan kesan percikan minyak, kuah, dan lain-lain.
Selain itu, banyak yang kurang peka dan sering lupa akan kawasan tungku dapur gas.
Sebenarnya, kawasan tungku dapur gas boleh mengumpul pelbagai kotoran yang membentuk kerak hitam.
Jika dibiarkan lama, kerak ini akan menebal dan sukar untuk dibersihkan dengan cara biasa.
Tetapi jangan risau, cuba teknik ‘deep cleaning’ yang dikongsikan oleh TikToker Indah3yani ini yang menggunakan hanya tiga bahan sahaja.
Bahan-bahan:
1. Serbuk penaik soda bikarbonat
2. Ubat gigi
3. Sabun pencuci pinggan mangkuk
Kaedah pembersihan
1. Ambil sebuah bekas plastik kecil.
2. Campurkan tiga bahan di atas ke dalam bekas itu, adunkan hingga sebati.
3. Ambil berus gigi terpakai dan celupkan ke dalam larutan itu.
4. Angkat tungku dapur gas anda, bersihkan secara teliti menggunakan berus gigi.
5. Jika perlu, biarkan tungku dapur gas itu ‘disaluti’ larutan tadi dalam masa tiga ke lima minit supaya kotoran lebih mudah untuk ditanggalkan.
Selepas proses membersihkan, anda boleh menggunakan kain lap biasa, tetapi berus gigi lebih berkesan untuk menyapu kawasan-kawasan yang tersembunyi.
Selepas itu, bilas tungku dapur dengan air bersih dan kemudian jemur sehingga kering.
BACA: Asal usul tapak asal sebelum jadi KLCC, kalau ramai tahu mesti ‘taubat’ nak naik