Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, dan teksi adalah pilihan yang popular bagi orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa perlu menyiapkan kenderaan sendiri.
Tambahan pula, kapal terbang juga menjadi pilihan utama untuk melancong ke luar negara dengan kelebihan masa perjalanan yang pantas.
Ini menjadikan tiket penerbangan sentiasa menjadi pilihan utama yang cepat habis terjual.
Namun begitu, masih ramai yang keliru tentang butiran yang perlu diisi semasa pembelian tiket penerbangan, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menaiki pesawat.
Menurut syarikat penerbangan AirAsia Sdn Bhd, setiap tiket yang dibeli mestilah diisi dengan maklumat yang tepat, terutamanya ejaan nama
.
Butiran ini sangat penting agar sama dengan ejaan dalam dokumen rasmi seperti pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan, dan lain-lain.
Berikut adalah contoh pengisian maklumat tiket:
Nama Dengan Simbol “@”: Untuk penumpang dalam negeri, jika nama mengandungi simbol “@”, mereka perlu menggantikannya dengan ruang antara nama pertama dan kedua atau isikan hanya nama pertama.
Nama Dengan Tanda Sengkang “-“: Penumpang perlu menggantikan tanda sengkang dengan ruang.
Nama Tunggal: Jika penumpang hanya mempunyai satu nama, mereka perlu mengisi nama itu pada kedua ruangan “Nama Keluarga” dan “Nama Pertama”.
Penukaran dan Pembetulan Nama: Penukaran nama kepada orang lain tidak dibenarkan selepas tempahan disahkan. Namun, kesilapan kecil dalam ejaan atau maklumat tertentu boleh diperbetulkan.
Penumpang disarankan untuk memeriksa semula butiran yang diisi sebelum membuat tempahan tiket penerbangan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
BACA: Lagi kerap lagi bagus, ini sebab kenapa wajib ‘restart’ telefon seminggu sekali