Realtime website trackingweb stats

Nak buat apa kalau kereta rosak tepi ‘highway’? Pertama, jangan panik, seterusnya ikut je step ini

Oleh ADINDA

Tiba hampirnya Hari Raya Aidiladha. Pada masa ini, ramai yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, terutama mereka yang berada jauh dari kampung.

Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang disebabkan kesesakan lalu lintas, semangat untuk pulang ke kampung tetap tinggi.

Namun, dalam kesesakan lalu lintas yang teruk seperti ini, pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku, terutamanya berkaitan dengan kenderaan kita.

Apabila berada di lebuh raya terlalu lama, bahagian-bahagian tertentu mungkin akan ‘meragam’ dan boleh menyebabkan kenderaan kita terkandas.

Jika berlaku keadaan tersebut dan anda tidak bersedia, mungkin anda akan berasa panik, dan ini boleh menyukarkan lagi keadaan dengan bertambahnya jumlah kenderaan di lebuh raya.

Nak buat apa kalau kereta rosak tepi 'highway'? Pertama, jangan panik, seterusnya ikut je step ini

Jangan risau, PLUS Malaysia Berhad telah berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil jika anda menghadapi masalah kenderaan di lebuh raya.

Mereka menasihati agar anda menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 segera. Anda boleh menggunakan telefon kecemasan di lebuh raya atau tekan butang SOS pada aplikasi PLUS.

Selepas itu, alihkan kenderaan anda agar tidak mengganggu lalu lintas atau berhenti di lorong kecemasan. Nyalakan lampu isyarat kecemasan dan pastikan penumpang keluar dari kenderaan dengan selamat.

Berkumpullah di belakang rel penghadang atau sejauh mungkin dari laluan utama lebuh raya semasa menunggu bantuan tiba.

Sementara itu, pastikan anda meletakkan penanda segitiga atau kon keselamatan di belakang kenderaan untuk memberi amaran kepada pemandu lain.

BACA: