Pemakaian barangan kemas dalam kalangan wanita sudah menjadi kebiasaan.
Ada yang hanya memakai perhiasan ini pada acara tertentu sahaja malah ada juga yang memakainya setiap hari tanpa ditanggalkan.
Jadi, lama kelamaan warna dan ‘seri’ barang perhiasan ini dilihat makin kurang dan inilah sebabnya anda kena tahu cara cuci barang kemas tersebut.
Mempunyai pengalaman selama 13 tahun bekerja di kedai emas, perkongsian dari Bunga Yanie di lama Facebook ini menunjukkan cara mencuci barang kemas anda seperti yang dilakukan di kedai.
Jadi, boleh buat sahaja di rumah tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran di kedai!
Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj. Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas anda takkan lebur.
Kalau emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.
cara cuci barang kemas
Apa yang anda perlu lakukan:
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
2. Tuang dalam periuk bersama air.
3. Masukkan barang kemas anda ke dalam air sabun tadi dan buka api.
4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.
5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
6. Sental guna berus gigi dan bilas.
7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
cara cuci barang kemas
*Dah nampak kembali baharu dan berkilat!
BACA: Khairul Aming dedah sebab tidak beli kereta mewah ramai terkejut jawapanya