Kecederaan akibat terkena minyak panas adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang sering memasak
Tanpa rawatan yang segera, kecederaan ini boleh menyebabkan kulit yang terkena menggelembung,
yang pada gilirannya boleh membawa kepada komplikasi serius seperti jangkitan.
Banyak petua atau tip yang dikongsikan oleh pengguna media sosial untuk mengubati kecederaan akibat terkena minyak panas.
Antara cadangan termasuklah menyapu ubat gigi, melumur mentega, kicap, dan pelbagai lagi.
Dalam satu video di TikTok, seorang individu yang berpengalaman selama 12 tahun sebagai tukang masak, berkongsi petua yang diamalkannya.
Individu yang dikenali sebagai Rizal Tomyam ini turut melakukan demonstrasi menuangkan minyak panas yang sedang menggelegak pada tangannya!
“Kita nak curah atas tangan saya ni. Korang (anda) tengok ya. Apabila kita kena macam ni, pertama sekali kena ambil sos tiram.
Kita sapu sos tiram dekat sini (tangan). Sapu pada semua bahagian yang terkena. Satu jam nanti boleh elok.
Ia tak akan melecur, tak akan ada bekas. Tapi jangan dicuba-cuba buat. Kalau korang terkena, baru buat ya,” katanya lagi.
Sementara itu, portal MyHealth turut berkongsi panduan sekiranya tercedera akibat melecur.
1. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
2. Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
3. Dapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya kecederaan melecur agak serius.
BACA: Pemandu tak tahu yang mereka boleh tuntut jika langgar halangan, jalan berlubang di Malaysia