Semua orang di dalam dunia ini memiliki impian untuk menjadi orang kaya namun tidak mempunyai kebolehan mahupun ilmu kewangan untuk merealisasikannya.
Menyedari hal tersebut, seorang pempengaruh kewangan dikenali sebagai Dr Azam Zubir
Tampil berkongsi ilmunya terutamanya untuk mereka yang berminat menjadi kaya.
Jelas Dr Azam, mereka yang menyimpan hasrat untuk cepat atau kekal ‘kaya’ perlu menguruskan perbelanjaan atau kewangan berdasarkan tiga perkara penting ini.
Penjelasan lengkap yang dibuat oleh Azam ini dilakukan dalam bentuk video menerusi satu hantaran dimuat naik di akaun media sosial TikTok miliknya, @dradamzubir.
1. Jangan biar duit di dalam bank
Disebabkan duit yang ditinggalkan di dalam bank akan ‘dimakan’ dan dimamah oleh inflasi setiap tahun, jadi lebihan pendapatan boleh disalurkan ke institusi dipercayai.
Sebagai contohnya, tabungan anda boleh dilaburkan dalam akaun Amanah Saham Bumputera (ASB), Tabung Haji ataupun pembelian emas daripada agensi berlesen.
2. Elak berhutang untuk membeli barang mewah
@dradamzubir Tag someone yang perlukan nasihat ni👆 Btw, saya akan buat satu kelas kewangan sooonn🔥 Join waitlist untuk jadi yang pertama dapat info! Tekan link di bio🙌 #kelaskewangan #dradamzubir #doktorkewangan ♬ original sound – Adam Zubir – Dr Adam Zubir
Apabila anda mula berhutang bagi membeli barang-barang mewah, kadar komitmen akan meningkat dari semasa ke semasa sehingga dibelenggu dengan ‘hutang jahat’.
Situasi ini bukan sahaja akan menyukarkan pengurusan kewangan, malah akan terus melenyapkan impian untuk menjadi kaya.
3. Hindar pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi
Pastikan anda tidak terpedaya dengan institusi pelaburan ‘scam’ yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal atau dalam bahasa mudahnya, ‘janji bulan dan bintang’.
“Kesimpulannya, jangan beli barang-barang yang tidak diperlukan dengan duit yang anda tidak ada untuk ‘impress’ orang-orang yang anda tidak suka.” Tegas Dr Azam.
Baca juga: Cara sembunyikan tarikh lahir ,notifikasi ‘birthday’ dari orang lain di Facebook