Realtime website trackingweb stats

Ini yang jadi pada rumah anda bila tak tutup penapis air ketika bekalan air terganggu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Zaman sekarang, ramai yang menggunakan penapis air untuk menyaring bahan-bahan halus dalam air bagi meningkatkan keselamatan daripada bakteria dan bahan kimia.

Pelbagai jenama tersedia di pasaran mengikut pilihan dan bajet masing-masing.

Setiap jenama mempunyai kualiti yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati tambahan jika kawasan anda mengalami kekurangan bekalan air.

Ini kerana ia boleh menjadi kejadian yang tidak diingini.

Ini yang jadi pada rumah anda bila tak tutup penapis air ketika bekalan air terganggu

Penapis air berisiko terbakar jika tiada bekalan air. Tahukah anda, penapis air sebenarnya boleh menjadi bahaya jika terdapat gangguan dalam bekalan air.

Ia boleh menyebabkan penapis air terbakar dan risiko merebak kepada seluruh kawasan rumah.

Menurut pesanan peringatan oleh Public Health Malaysia, sekiranya berlaku kejadian tiada bekalan air, fungsi penapis air tetap berjalan seperti biasa.

BACA: Tak sampai 10 tahun pencen, pesara kongsi kisah bagaimana duit KWSP RM750,000 boleh habis