Akhir-akhir ini kita lihat budaya makanan yang manis semakin menjadi ikut-ikutan.
Ramai peniaga makanan manis berpusu-pusu mengiklankan produk mereka di sosial media.
Pelbagai jenis makanan manis mulai rancak dijual dengan topping melimpah-limpah.
Ada juga yang mahu tampil dengan topping paling banyak demi meraih pelanggan.
Trend makanan manis yang semakin menggila dalam kalangan warga muda ini menimbulkan kerisauan.
Seorang doktor tampil mengulas isu ini yang dilihat semakin tidak terkawal. @drirmaizzati meluahkan kegusarannya melihat trend di sosial media yang semakin rancak mempromosikan makanan yang tinggi gula.
@drirmaizzatiRisau… Semakin muda dan muda yang membanjiri klinik sekarang ni dengan sakit2 kronik & obesiti….♬ original sound – dr irma 🍉 – irma 🍉
Menurut Dr Irma semakin ramai golongan muda yang berumur 20 an mempunyai penyakit kronik yang datang menerima rawatan di kliniknya.
Ada pesakit yang baru berumur 20 tahun sudah disahkan menghidap diabetes dan ada juga yang diserang strok seawal umur 30 tahun. Kadar kesuburan juga semakin berkurang di negara kita.
Dr Irma berpesan agar makanan yang kurang menyihatkan itu diambil secara bersederhana dan tidak berlebihan yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan.
Baca juga:Tip pilih barang elektrik kualiti bagus “Barang brand famous tak semestinya tahan lama”