Realtime website trackingweb stats

Rahsia pokok buah yang ditanam berbuah lebat, hanya guna minyak saja

Oleh ADINDA

Pokok mangga antara yang selalu ditanam di rumah. Agar pokok buah ini berbuah lebat, cara yang dipraktikkan wanita ini boleh diguna pakai. Memang menjadi.

Hanya menggunakan minyak masak terpakai, katanya cara ini dikongsi oleh anaknya selepas membaca satu artikel luar negara.

Hasilnya, pokok mangga di rumahnya berbuah cukup lebat sampai patah dahan kerana tak dapat menampung mangga yang banyak.

Bagi yang nak mencuba, perkongsian beliau boleh dijadikan panduan.

Guna minyak masak terpakai, tip pokok mangga berbuah lebat merimbun

Rahsia pokok buah yang ditanam berbuah lebat, hanya guna minyak saja

Mangga tepi rumah, lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tampung sampai patah satu dahannya. Buah pula belum cukup masak, jadi bahagikan pada jiran selain buat kerabu.

Ramai yang tanya baja apa saya gunakan. Sebenarnya tiada baja spesifik, cuma anak saya beri satu tip menggunakan minyak masak terpakai.

Dia terbaca satu artikel dari luar negara mereka akan gali lubang sekitar pokok buah dan tuangkan minyak masak terpakai dan hasilnya memang baik.

Jadi saya cuba dan tuang minyak masak terpakai bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam. Tuang sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Alhamdulillah buah kali ini sangat lebat di kebanyakan tangkai dan rasanya manis.

Info

Penggunaan minyak masak terpakai hanya sedikit, satu senduk masak saja.

Buat sebulan 3 atau 4 kali, bukan tiap tiap hari. Tuang minyak jauh dari batang bukan curah pada pangkal pokok.

Petua ini hanya dipraktikkan untuk pokok yang ditanam atas tanah bukan dalam pasu.

Boleh juga cuba pada pokok buah-buahan selain mangga.

Tip jika buah mangga berulat, boleh tabur garam kasar keliling pokok 2-3 kaki dari batang pokok.

BACA: Macam Malaysia ramai orang nama Muhammad, ini sebab orang Vietnam nama mula dengan ‘Nguyen’