Realtime website trackingweb stats

‘Order mee tarik, dapat nasi babi’ Rider tersalah hantar makanan tak halal

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Satu keluarga terkejut bila makanan yang dipesan melalui Foodpanda adalah makanan tidak halal.

Menurut perkongsian di laman Facebook, kejadian ini berlaku ketika seorang ibu sedang mengendalikan kelas dalam talian,

sementara anak-anaknya yang masih kecilnya berada di rumah dalam kelaparan.

Si ayah yang prihatin telah membuat pesanan Mee Tarik Warisan melalui aplikasi Foodpanda untuk memastikan anak-anak mereka tidak kelaparan.

Namun, lain pula jadi apabila makanan yang dipesan tiba di rumah mereka mengandungi makanan babi.

'Order mee tarik, dapat nasi babi' Rider tersalah hantar makanan tak halal

Tanpa membuang masa, anak-anak terus makanan yang dipesan tanpa menyelidik adakah sama dengan yang dipesan.

Ini semua terjadi apabila resit pesanan diletakkan di bawah plastik, membuat ia sukar dikesan tanpa mengeluarkan semua kandungan plastik terlebih dahulu.

Melalui resit tempahan digital yang dimuat naik, difahamkan bahawa lelaki tersebut menempah Sup Mee Tarik Daging dan Ladu Goreng.

Di bahagian resit fizikal, kelihatan nama kedai dan tempahan makanan yang berbeza daripada resit asal.

Di bahagian komen, netizen memberi pelbagai reaksi dengan kebanyakannya meminta penjelasan daripada pihak FoodPanda mengenai kekhilafan yang terjadi ini.

Sebahagian pula mendakwa bahawa mungkin penghantar makanan tersebut tersalah ambil tempahan sehingga menyebabkan kejadian seperti ini berlaku.

BACA: Tidak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan mulai hari ini, ini respon peguam