Kes Zayn Rayyan masih belum terungkai dan menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.
Kes ini menjadi semakin rumit apabila ibu bapa mangsa baru-baru ini direman oleh polis.
Menurut laporan Harian Metro, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah memaklumkan bahawa mereka tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.
Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co menyatakan bahawa beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang yang sedia ada.
“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.
Sebelum ini, Mahmud telah dilantik oleh keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan oleh polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada Jumaat yang lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan mengatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak terbabit telah direman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Ingatkan kanak-kanak sahaja perlu ambil ubat cacing, rupanya orang dewasa pun kena!