Realtime website trackingweb stats

Ingatkan kosong macam tin minuman, rupanya ini bentuk sebenar tangki minyak

Oleh NUR KASIH

Selain daripada lori treler, lori tangki minyak adalah salah satu jenis kenderaan berat yang kerap dilihat di jalan raya.

Biasanya, lori tangki ini digunakan untuk mengangkut atau mengedar bahan api ke pelbagai stesen minyak di seluruh negara.

Namun, pernahkah anda terfikir tentang keadaan di dalam tangki tersebut?

Adakah ruang dalam tangki itu kosong sebelum diisi dengan minyak, atau adakah ia mempunyai struktur tertentu?

Artikel ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh sebuah portal yang mengulas mengenai reka bentuk lori tangki minyak di Amerika Syarikat.

Ingatkan kosong macam tin minuman, rupanya ini bentuk sebenar tangki minyak

Oleh itu, tidak dapat dipastikan sama ada ciri-ciri yang sama ada pada lori tangki minyak di negara-negara lain.

Bagaimana rupa dalam lori tangki minyak?

Seperti yang ramai ketahui, bahan api adalah cecair yang mudah bergerak, terutamanya apabila dalam keadaan tidak stabil.

Jika bahan api bergerak dengan banyak, keadaan di dalam tangki juga mungkin bergoncang, boleh mengancam kestabilan lori.

Menurut SafeRack, sesetengah lori tangki minyak di Amerika Syarikat boleh mengangkut sehingga 10,000 gelen minyak dalam satu-satu masa.

Ingatkan Kosong Je, Macam Ini Rupa Bentuk Dalam Tangki Minyak

Oleh kerana tangki ini membawa bahan api yang mudah terbakar, ciri keselamatan adalah sangat penting.

Jadi, struktur di dalam lori tangki minyak tidaklah kosong. Sebaliknya, ia mempunyai buffle yang memainkan peranan keselamatan.

Struktur keselamatan diperlukan sebelum membawa bahan api seperti minyak.

Bahan api juga dikenali mempunyai sifat mengembang dan mengecut bergantung kepada suhu persekitaran.

Pergerakan lori di atas jalan juga boleh menyebabkan minyak bergerak dalam tangki. Ini boleh menyebabkan pusat graviti lori berubah.

Keadaan ini boleh menjadikan lori tidak stabil, terutamanya semasa berhenti secara mengejut. Ini boleh membahayakan lori dan pengguna jalan yang lain.

Untuk mengurangkan impak, lori tangki dibina dengan pusat graviti rendah dan dilengkapi dengan buffle untuk memisahkan minyak kepada beberapa bahagian.

Ini membantu mengurangkan kesan pergerakan minyak ke atas lori, terutamanya semasa melalui selekoh atau semasa membrek.

Buffel juga memperkuatkan struktur tangki ketika minyak mengecut atau mengembang akibat perubahan suhu.

Selain itu, lori tangki minyak dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih seperti Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Fungsi ESC adalah untuk mengesan pergerakan atau kehilangan kawalan lori.

Contohnya, jika sistem merasakan lori menjadi tidak stabil ketika melalui selekoh dengan laju, ESC akan membrek trak dan memperlambatkannya.

Ini akan menjadikan bahan api di dalam tangki juga selamat.

BACA: Bengang ‘company’ paksa buat ‘overtime’ tapi tak bayar? Ini cara halus paksa majikan bayar