Realtime website trackingweb stats

Buat ketagih, rupanya ada benda hidup dalam mi segera jadi punca, boleh tengok guna mikroskop

Oleh HADI KAMARUDIN

Mi segera memang menjadi pilihan makanan kegemaran ramai kerana kesenangannya untuk dimasak dan rasanya yang sedap walaupun disediakan dengan cepat.

Walau bagaimanapun, mi segera sering dikaitkan dengan isu kesihatan disebabkan oleh kandungan bahan perasa dan pengawet yang tinggi di dalamnya.

Lebih-lebih lagi, mi segera juga dikritik kerana kurang nutrisi dan kehadiran natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah jika dikonsumsi secara berlebihan.

Baru-baru ini, seorang individu mendedahkan bahawa terdapat mikroorganisma dalam bungkusan mi segera yang telah diuji kaji.

Mikroorganisma ini adalah organisma hidup yang sangat kecil dan hanya dapat dilihat melalui mikroskop.

Buat ketagih, rupanya ada benda hidup dalam mi segera jadi punca, boleh tengok guna mikroskop

Menurut laporan detikfood, individu tersebut melakukan kajian ke atas mi segera sebelum menemui benda asing dalam makanan tersebut.

Untuk melihatnya dengan lebih jelas, individu tersebut menghancurkan mi segera tersebut dan meletakkan serpihan-serpihan di atas plat kaca sambil meneteskan cecair tertentu.

Dalam rakaman yang dikongsikan, mikroorganisma tersebut kelihatan merayap ke pelbagai bahagian.

Video ini kemudiannya menjadi tular di media sosial, walaupun kebanyakan orang percaya bahawa mikroorganisma ini boleh dimusnahkan dengan memasak pada suhu yang mencukupi.

Ada juga yang mendakwa sampel mi segera tersebut mungkin telah luput tarikh kedaluwarsa.

BACA:Bengang ‘company’ paksa buat ‘overtime’ tapi tak bayar? Ini cara halus paksa majikan bayar