Cukup hanya membuka pintu kereta, bau kurang enak segera menyerang hidung.
Pasti banyak yang menghadapi masalah bau kepam atau hapak di dalam kereta, bukan?
Secara tidak langsung, bau ini mengganggu mood untuk memandu dan membuatkan anda berasa segan, terutama jika ada penumpang.
Kadang-kadang, bau yang tidak menyenangkan ini sukar dielakkan, terutama dengan hujan yang sering turun sekarang.
Jelas air hujan akan basahkan karpet dan kusyen kereta apabila terkena kasut dan pakaian.
Kesibukan dan keletihan selepas seharian di pejabat membuatkan malas untuk membersihkan kereta.
Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa produk semburan yang boleh dibeli di pasar raya.
Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat bahan semulajadi yang boleh membantu menangani bau kereta.
1) Pandan
Tumbuhan ini sememangnya mempunyai aroma harum dan sering digunakan dalam masakan. Tidak sekadar itu, ia juga sering digunakan untuk menghilangkan bau kurang enak dalam peti sejuk. Untuk menghilangkan bau dalam kereta, ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan di mana-mana bahagian kenderaan. Jika terlebih rajin, anda boleh menghiris beberapa helai daun pandan dengan halus, letakkannya dalam kain, ikat seperti sup bunjut dan gantungkan di dalam kereta.
2) Lemon
Hiris kulit lemon, letakkannya di dalam kain kecil, ikat dan gantungkan di dalam kereta. Untuk efek bau yang lebih menyengat, letakkan gantungan kain berhampiran pendingin hawa.
3) Biji kopi
Ambil beberapa biji kopi, masukkan ke dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh menggantung kain berisi biji kopi berhampiran dengan pendingin hawa.
Aroma baju biji kopi bukan sahaja boleh melawan bau hapak, bahkan mampu membuatkan anda hilang rasa mengantuk.
4) Arang
Arang sememangnya berfungsi untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Selamat mencuba!