Kebelakangan ini, model kereta elektrik atau EV semakin popular dan berjaya meraih ramai peminat di kalangan pengguna automatif Malaysia.
Tidak hanya dibina dengan reka bentuk yang menarik, kelebihan dari segi teknologi juga menjadi punca peminat mula beralih kepada kereta elektrik.
Khusus buat peminat yang perlukan bantuan untuk membuat pertimbangan sebelum membeli kereta elektrik, ini senarai 5 kelebihan EV berbanding kereta biasa.
1. Penjimatan kos penyelenggaraan
Tidak seperti kenderaan biasa, pemilik EV boleh menjimatkan perbelanjaan mereka kereta kereta itu tidak perlu diselenggara secara berkala.
Hal ini kerana, kenderaan EV boleh berfungsi dengan baik tanpa perlu menukar komponen kereta, menyalin minyak enjin dan minyak gear.
Percaya atau tidak, pemandu EV hanya dinasihatkan untuk membawa kereta mereka ke pusat pemeriksaan di setiap 15 ribu kilometer (km) perjalanan.
2. Tidak terjejas dengan kenaikan harga minyak
Hanya bergantung kepada cas elektrik dan kapasiti bateri, pemilik EV langsung tidak perlu runsing akan masalah kenaikan harga minyak dunia.
Malah, stesen pengecasan percuma juga banyak dibangunkan di sekitar Malaysia khusus untuk pemilik kenderaan EV seperti di pusat beli belah.
3. Tidak perlu membayar cukai jalan
Difahamkan, pemilik kenderaan EV diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk tidak membayar cukai jalan sehingga dua tahun akan datang (2025).
Hanya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pengguna juga tidak tertakluk pada cukai import sehingga tahun 2025.
Malah, pemilik kereta elektrik yang dipasang di Malaysia seperti Volvo XC 40 juga tidak perlu membayar duti eksais dan SST.
4. Tiada pencemaran alam sekitar
Tidak menggunakan enjin untuk bergerak, kereta elektrik langsung tidak mengeluarkan asap dan juga gas berbahaya seperti karbon dioksida.
Ketiadaan enjin juga membenarkan kenderaan ini untuk bergerak lancar dan senyap tanpa mengakibatkan pencemaran bunyi pada alam sekitar.
5. Boleh menjana kuasa elektrik
Kereta elektrik yang berada di pasaran umumnya dilengkapi dengan soket yang mampu menjana kuasa elektrik bagi kegunaan pemilik.
Selain mengecas telefon bimbit, kuasa elektrik yang dibekalkan soket kereta elektrik ini dikatakan cukup buat menghidupkan peralatan rumah seperti pemanas air.
Memberi kelebihan besar buat mereka yang gemar berkhemah, fungsi ini juga bermanfaat untuk sekiranya rumah pemilik mengalami masalah bekalan elektrik
Baca juga: Jangan ‘skip’ langkah ini kalau tak nak sambal tumis cepat basi, no.2 ramai tak buat