Makanan laut adalah bahan mentah yang mudah kehilangan kesegarannya apabila disimpan untuk tempoh yang lama.
Tidak menghairankan bahawa ada individu yang lebih suka membeli makanan laut setiap hari kerana mereka menginginkan rasa segar dan manis dalam hidangan mereka.
Walau bagaimanapun, ramai yang memilih untuk membeli secara pukal kerana lebih ekonomi dan menjimatkan masa serta kos.
Jika anda gemar membeli secara pukal, terdapat beberapa langkah penyimpanan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kesegaran makanan laut dan bahan mentah lain.
Petua yang diamalkan oleh nelayan dan digunakan oleh suri rumah Shazura Bahari ini dikatakan berkesan untuk menyimpan bahan mentah agar kekal segar dan manis selama berbulan-bulan.
Cara-caranya:
1. Asingkan setiap makanan laut mengikut jenis seperti udang, sotong, ikan dan sebagainya.
2. Kemudian masukkan dalam plastik kecil mengikut sukatan untuk sekali masak.
3. Taburkan gula dan gaul menyelaputi bahan mentah tersebut.
4. Masukkan dalam peti ais pada bahagian sejuk beku.
BACA: Senang je rupanya buat kuey teow dirumah, ‘confirm’ dah tak was-was halal ke tak lepas ni