Masakan yang cepat basi pasti akan menyebabkan kebimbangan kepada sesiapa sahaja, terutamanya para peniaga.
Selain daripada menyebabkan penurunan jualan, keadaan ini juga akan menimbulkan kerugian kepada peniaga kerana modal yang diusahakan tidak dapat dipulangkan.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, anda boleh mencuba cara yang dikongsikan oleh peniaga nasi kerabu dari Seremban,
Ben Safwan, untuk menghasilkan pes cili kisar. Ini akan memastikan sambal tumis yang dimasak dapat bertahan lama.
Lebih penting lagi, ini juga merupakan rahsia kesedapan sambal tumisnya.
Cara penyediaan pes cili kisar untuk sambal tumis:
1. Gunakan cili kering jenis lebar kerana ia kurang pedas tetapi warna sambal akan kelihatan merah.
2. Setiap cili dipotong dan dibuang biji.
3. Pastikan tiada cili kering yang buruk, cili rosak akan menjejaskan sambal tumis anda.
4. Basuh bersih dan rebus secukupnya. Bagi cili jenis ini, tempoh rebusan adalah lebih lama berbanding biasa.
5. Setelah rebus, biarkan menyejuk selama satu hingga dua jam.
6. Tos terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
BACA: Patutlah beli rumah RM300,000 tapi kena bayar cecah RM600,000, rupanya ini punca sebenar!