Ramai yang kurang mengambil berat tentang komponen kenderaan dan hanya mengandalkan mekanik di bengkel untuk melakukan pembaikan.
Hal ini telah menyebabkan beberapa mekanik mengambil kesempatan dengan menipu dan mengenakan caj yang mahal walaupun kerosakan yang berlaku kecil.
Baik lelaki mahupun wanita, pastikan anda mengetahui empat perkara yang dinyatakan
oleh mekanik yang dikenali sebagai Carzey ini jika anda sering memandu kenderaan.
Kereta bergegar semasa memandu
Biasanya, kereta yang berada dalam keadaan baik tidak akan bergegar kecuali jika anda memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan.
Namun, jika anda merasai gegaran semasa mencapai kelajuan antara 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j), adalah baik untuk memeriksa drive shaft. Kerosakan sering berlaku pada bahagian ini.
Kereta seakan melayang atau membuai
Jika anda merasakan kenderaan anda seolah-olah membuai dan melayang seperti menaiki sampan, ini mungkin disebabkan oleh shock absorbers yang sudah patah.
Keadaan ini akan menyebabkan sedikit kepeningan apabila berada dalam kenderaan.
Stereng berbunyi ketika digerakkan
Jika terdapat bunyi ketika anda menggerakkan stereng ke kiri atau kanan, ini menandakan masalah pada absorber mounting. Pastikan anda memeriksanya sebelum pergi ke bengkel!
Mekanik yang tidak jujur mungkin akan menyatakan terdapat pelbagai masalah lain yang berkaitan dengan bunyi stereng, termasuk mengaitkannya dengan masalah drive shaft.
Tayar ‘botak sebelah’ atau bunga tidak rata
Ramai tidak sedar akan keadaan bunga tayar sehingga melakukan pemeriksaan pada komponen tersebut.
Jika anda mendapati bahagian dalam atau luar tayar sahaja yang haus, ini menandakan perlunya membuat alignment tayar. Pada masa yang sama, periksa juga bush axle atau bush control arm kerana kerosakan pada tayar boleh membahayakan nyawa pemandu.
BACA: Pasport hilang ketika melancong? Mula-mula jangan ‘gelabah’ kemudian baru ikut 3 langkah ini**