Menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dan mengerjakan ibadah haji adalah impian hampir semua umat Islam.
Selain mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal, jemaah yang berpeluang melaksanakan ibadah haji
Mereka perlu berwaspada terhadap penipuan yang mungkin terjadi.
Kejahatan seperti ini mungkin berlaku di Tanah Suci Makkah, tetapi dengan kesedaran dan kehati-hatian,
jemaah dapat mengelakkan menjadi mangsa penipuan semasa menjalani ibadah haji.
1. Cium Hajar Aswad
Adakalanya, individu akan menawarkan bantuan untuk membuka jalan ke hadapan Hajar Aswad. Walaupun kelihatan sebagai tindakan yang membantu, namun mereka mungkin meminta bayaran sehingga SR1,000 atau RM1,200 bagi ‘perkhidmatan’ mereka.
2. Ambil gambar di Jabal Uhud atau Jabal Rahmah
Jabal Rahmah, juga dikenali sebagai Bukit Kasih Sayang, adalah lokasi penting yang menjadi saksi kepada peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam. Kerana populariti tempat ini, terdapat individu yang menawarkan perkhidmatan pengambilan gambar. Namun, bayaran yang diminta boleh mencapai SR20 atau RM100, dan jika anda enggan membayar, mereka mungkin mengikuti anda sehingga ke hotel.
3. Pastikan duit baki pembelian mencukupi
Peniaga di Tanah Suci kadang-kadang mengambil kesempatan terutama ke atas pengunjung luar yang tidak mahir berbahasa Arab atau membuat kira-kira. Mereka mungkin memanipulasi pelanggan dengan nilai baki pembelian. Oleh itu, berhati-hatilah ketika membuat pembelian di kedai-kedai tempatan.
4. Bercukur atau gunting
Semasa hendak bercukur atau gunting rambut, ada sindiket yang mungkin menawarkan gunting. Jemaah perlu berwaspada dan tidak memegang gunting tersebut, kerana jika tidak, mereka mungkin dicaj dengan harga yang mahal.