Realtime website trackingweb stats

Imunisasi Covid-19 Malaysia atasi kumulatif Asia

Oleh ADINDA

Statistik daripada Our World Data menunjukkan peratus jumlah penerima vaksin di Malaysia mengatasi Asia dari segi kumulatif populasi penduduk.

Menurut statistik itu, sejumlah 7.74 peratus daripada kira-kira 32 juta rakyat Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat7 Jun 2021, lebih tinggi daripada purata Asia yang mencatatkan 6.68 peratus.

Daripada itu hampir 3 juta rakyat Malaysia sudah menerima vaksin dengan sekurang-kurang 2,503,655 orang telah menerima 1 dos suntikan vaksin. 

Menurut Statistik Perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pula, 12,774,132 sudah mendaftar sebagai penerima vaksin tetapi baru 2,609,377 atau 20 peratus  sahaja daripadanya yang telah menerima. 

Daripada peratusan jumlah pendaftaran penerima vaksin pula, negeri Sabah dan Kelantan dilihat masih terendah dengan Sabah hanya 19.96 peratus dan Kelantan 37.51 peratus sahaja berbanding negeri lain. Manakala negeri tertinggi yang mempunyai pendaftaran tertinggi bberdasarkan populasi penduduk adalah Putrajaya dengan kadar 100 peratus, diikuti Kuala Lumpur 70.96 peratus seterusnya Selangor 69.51 peratus dan Sarawak 60.62 peratus.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim, antara punca empat negeri masih merekodkan pendaftaran dan pemberian vaksin terendah adalah kerana terpedaya dengan dakyah negatif mengenai vaksin COVID-19 dan kurangnya kemahiran menggunakan aplikasi MySejahtera.
Dalam masa yang sama, menjadi persoalan ramai adalah kelembapan dan perlahannya sistem agihan vaksin sehinggakan ada yang sudah mendaftar berbulan-bulan sejak dari awal pendaftaran dibuka tetapi masih lagi tidak mendapat giliran untuk dipanggil menerima vaksin.
Netizen juga mempersoalkan kewajaran merebut slot penerimaan vaksin sebelum ini yang dibuka dengan perlunya pendaftaran baru walaupun telah mendaftar lama di MySejahtera.
Kalau dilihat perbandingan pemberian vaksin secara terperinci antara negara Asean, Malaysia masih agak terkebelakang berbanding Singapura dan Kemboja walaupun mengatasi Indonesia dan Thailand.