Realtime website trackingweb stats

Ini kisah perjanjian Pawang Kadir dengan buaya di Sungai Pahang yang ramai tak tahu

Oleh HADI KAMARUDIN

Pernahkah anda dengar satu cerita mengenai buaya di Pahang? Katanya, buaya-buaya ini tidak pernah membaham manusia.

Tetapi, mengapa buaya di Sungai Pahang tidak menganggu manusia seperti buaya-buaya di sungai lain?

Menurut sebuah video di laman TikTok, seorang pengguna bernama Azmi telah memberikan jawapan.

Tambahnya, walaupun Sungai Pahang merupakan habitat untuk ratusan ekor buaya, mereka tidak pernah membaham manusia.

“Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, buaya ini pernah mengikat satu perjanjian dengan seorang pawang.”

Ini kisah perjanjian Pawang Kadir dengan buaya di Sungai Pahang yang ramai tak tahu

“Pawang tersebut dikenali sebagai Pawang Kadir, seorang pawang yang sangat terkenal di Pahang suatu ketika dahulu.

Beliau merupakan seorang alim yang berasal daripada Kampung Guai, Temerloh, Pahang.”

Tambahnya lagi, Pawang Kadir juga merupakan Pawang Diraja dan pernah mengikat perjanjian dengan buaya-buaya di Sungai Pahang.

“Dalam perjanjian tersebut, seluruh keturunan buaya tidak boleh menganggu manusia. Begitu jugalah dengan manusia.”

Meninjau ke ruangan komen, ramai orang Pahang mengakui pernah mendengar cerita yang sama sebelum ini.

“Betul tu, saya orang Pahang. Ramai orang tak tahu ada buaya lagi besar di Sungai Pahang iaitu buaya putih sekiranya dia naik kedarat maka tandanya akan banjir,” kata Nur.

“Buaya di Pahang memang baik, tapi buaya darat yang paling di takuti,” kata Rose.

BACA: Rahsia mudah buat sambal kicap tahan lebih lama dan tak cukup bila makan