Seorang pelanggan terkejut apabila dikenakan caj lebih RM9 bagi sebungkus nasi putih dan sebiji telur mata yang dipesannya di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian di Facebook, individu itu memuat naik resit pesanan yang tertulis sebungkus nasi putih berharga RM6.
Manakala telur mata pula RM3, dengan tambahan caj servis sebanyak 54 sen.
Dia mengakui terkejut, tidak menyangka sebungkus nasi putih begitu mahal.
Dia juga tidak menyebut nama atau lokasi restoran itu, tetapi hanya menulis,
“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana tidak bertanya harga apabila saya membuat pesanan,” lapor China Press.
Daripada resit yang dikongsi, dapat dilihat tarikh pembelian adalah pada 3 Mei baru-baru ini.
Mungkin caj yang dikenakan agak tinggi kerana bekas pembungkusan yang digunakan, namun ia masih tidak masuk akal untuk keseluruhan RM9.50 bagi nasi dan telur sahaja.
BACA:30 tahun hilang tanpa jejak, anak yang dirindui rupanya berada dekat dengan rumah sendiri