Realtime website trackingweb stats

Akhirnya bayi sarat dengan alat bantuan pernafasan dapat perhatian PMX

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kesukaran yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi mereka

Mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, melalui setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi, meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keluarga tersebut.

“Mohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.

“Hal ini mendapat perhatian Anwar dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini untuk menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Akhirnya bayi sarat dengan alat bantuan pernafasan dapat perhatian PMX

Gambar tiga beranak menaiki motosikal dengan isteri menggendong anak sambil membawa beg yang dilengkapi alat bantuan pernafasan untuk kegunaan bayi mereka telah menjadi viral di media sosial.

Pasangan suami isteri tersebut, difahami, bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan bagi cahaya mata mereka untuk menjalani aktiviti harian.

Menurut Facebook Arena Motor, pasangan berkenaan dikatakan tinggal di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, Kedah.

Pemilik akaun itu turut memaklumkan bahawa lelaki yang hanya dikenali sebagai Azlan bekerja sebagai nelayan dan menerima upah harian.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu. Perkongsian daripada inbox oleh ‘follower’ (pengikut) kami.

“(Mereka) tiada kereta, dengan motosikal itulah mereka sekeluarga berulang-alik untuk ke hospital,” katanya.

BACA: Ikuti teknik ini jika mahu telur separuh masak macam makan kat kopitiam, ramai cuba & menjadi!