Tidak lengkap jika hidangan nasi lemak tidak disertakan dengan ikan bilis yang rangup.
Namun, ikan bilis yang diletakkan dalam nasi lemak bungkus biasanya mudah lemau atau masuk angin.
Bagi peniaga nasi lemak bungkus yang ingin mengekalkan kerangupan ikan bilis,
Anda boleh mencuba teknik gorengan yang dikongsikan oleh Rizal Tomyam ini.
Yang paling menarik, ikan bilis goreng yang disimpan selama berminggu-minggu masih tetap rangup.
Bahan-bahan:
500g ikan bilis
5 sudu besar tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Ikan bilis perlu digoreng sehingga buih tidak kelihatan.
Ikan bilis perlu digoreng sehingga buih tidak kelihatan.
Cara penyediaan:
1. Basuh ikan bilis sehingga bersih.
2. Toskan ikan bilis tadi supaya betul-betul kering.
3. Masukkan dalam bekas lain dan campurkan bersama tepung jagung.
4. Gaul hingga semua ikan bilis disaluti tepung jagung.
5. Pada masa sama, panaskan minyak.
6. Apabila minyak sudah panas, masukkan kesemua ikan bilis.
7. Pastikan kesemua ikan tenggelam di dalam minyak.
8. Goreng sehingga buih dalam kuali tiada supaya ikan bilis rangup dan tahan lama.
BACA: Ikuti teknik ini jika mahu telur separuh masak macam makan kat kopitiam, ramai cuba & menjadi!